Sunday, August 17, 2014

Cabalsea game

Walaupun aku agak terlambat dalam mengikuti perkembangan dunia game ni, aku dengan saja-saja nak bagitahu penyebab aku jarang keluar rumah dan jarang merepek di sosial web adalah disebabkan oleh Cabalsea game. Cabal game sebenarnya dah bertahun lamanya diperkenalkan, sekarang ni pun dah ada Cabal 2. Aku baru start main sejak beberapa bulan yang lalu itupun sebab kawan aku yang promote dekat aku. 

Karakter aku suatu masa yang lalu

Sebab kenapa aku suka main game ni, sebab dia tak memberatkan laptop aku yang serba biasa, tak lagging, tak makan banyak RAM walaupun graphic game ni biasa-biasa jer. Game ni pun tak makan banyak line internet.. Sedang-sedang main game, boleh lagi pergi download movie dan lagu sedangkan internet Streamyx adalah yang paling rendah dan murah kelajuan internet yang aku guna sekarang ni.

Kalau game lain macan Dragon Nest, PSO 2 dan lain-lain aku tak pasti lagi just aku teringin nak cuba PSO 2 sambil-sambil main Cabalsea ni. Game online memang menyeronokkan berbanding game offline, bagi akulah, sebab kita boleh berinteraksi dengan orang lain dan juga boleh bersaing. 



No comments: