Saturday, August 16, 2014

Facebook akan diblok di Malaysia?

Berita ni tak lah sensasi sangat memandangkan dari minggu-minggu lepas ahli-ahli tegar facebook kecoh di status mereka. Namun dengar-dengar kerajaan Malaysia juga masih mempertimbangkan keputusan menyekat Facebook di Malaysia. Alasan utama mereka Facebook banyak kali telah disalah gunakan dan seringkali laporan polis dibuat adalah disebabkan isu-isu perkauman yang berlaku di Facebook yang dibangkitkan oleh keyboard warriors. 

(Gambar diatas tiada kaitan, agak kasar, jangan terasa yer)

Tapi malanglah bagi yang menjadikan Facebook sebagai punva rezeki mereka sebagai contoh perniagaan online. Malang juga bagi student-student atau ahli-ahli organisasi yang selalu merujuk group Facebook untuk kerja harian mereka. Lagi malang bagi orang yang kaki Facebook 24/7 post status dan picture selfie diorang.

Walaupun ada cara untuk mengelakkan Facebook diblok, rasanya tak semua orang tahu-menahu sangat. 

Tapi cuba fikir lagi, even Facebook disekat sekalipun.. Rasanya banyak laman web sosial lain yang boleh disalah gunakan. Facebook bukanlah problem sebenar, yang bermasalah adalah kita sebagai rakyat Malaysia. Sebahagian kita sanggup buang jiwa patriotik dan semangat cintakan negara hanya kerana bencikan pemerintah sampai sanggup menyebar cerita buruk yang entah betul atau tidak kepada kawan-kawan dari negara lain. Adakah kita suka bila orang luar pandang rendah dengan negara kita? Sama macam Sarawak, kita marah bila orang luar cakap orang Sarawak tinggal atas pokok tapi kita boleh buat tak malu bila orang luar hina negara kita.

Borneo untuk Borneo dan Semenanjung untuk Semenanjung, adakah dalam masa sekarang masih lagi relevan? Kita berpecah disebabkan berlainan persefahaman dan kaum tapi masih juga duduk dalam satu kominiti yang sama, warna kulit sama, muka orang asia juga. Orang luar tak tengok asal kita Borneo atau Semenanjung. Orang tengok nationality yang nyata-nyata terpampang di IC kita.

Memang diakui semua ni berpunca dari keyboard warriors dan kita yang membacanya mudah terpengaruh. Bila berada di luar, pandai pula kita bercampur dan berbaik dengan orang lain. Hanya bila kita berada di hadapan komputer, kita menjadi orang lain yang menyebarkan kebencian kita secara online. Kita luahkan betapa benci dan sedihnya ditindas dan itu dan ini di Facebook. Kita marah-marah libatkan sensitiviti orang lain, buat orang lain sedih dan benci kita balik. Apa benda baik yang kita dapat dari situ? 

Kita sebenarnya sangat sibuk mencari salah orang lain dari sibuk memikirkan jalan penyelesaian. Kita sibuk nak salahkan orang lain tapi kita tak sedar perbuatan kita memburukkan lagi keadaan. Janganlah disebabkan kita, jiran tak sama bangsa tak bertegur, bestfriend jadi putus kawan, famili putus tali persaudaraan hanya semata-mata kita ada perasaan tak puas hati dengan orang lain. 

Jangan jadikan laman web sosial sebagai punca bergaduhan. Dulu aku pun ada terasa hati dengan orang yang tak tahu jaga hati orang lain. Lama-lama dah biasa kot. Tiap-tiap hari jumpa di Facebook home wall, jangan saja kita jadi macam mereka. Kalau tak, dua kali limalah jawabnya. Orang sebegitu hanya mahukan perhatian, like dan comment. Kalau betul mereka mahu membantu dan jadi baik atau menegakkan keadilan, perlukah di-show off? Orang yang betul niatnya tak mungkin membuang masa dengan complain di Facebook.



No comments: