Monday, August 25, 2014

Hidup sosial dan bebas

Bila topik diatas mula dibentangkan, banyak dikalangan kita menganggap cara hidup sedemikian adalah cara hidup kotor dan tidak sihat. Bila kita dengar perkataan sosial, sebahagian besar daripada kita lebih berfikiran negative kerana minda yang telah di-set kan oleh orang tua kita dari generasi ke generasi seterusnya. 

Begitu juga situasi yang pernah aku lalui masa zaman sekolah rendah dan menengah dulu. Bila dengar budak sosial, aku automatik rasa geli sebab dalam fikiran aku time tu budak sosial samalah macam budak yang tak ada harga diri dan tidak bermaruah dan menjual diri untuk keseronokkan. Tapi itulah kan, fikiran kita telah dipengaruhi oleh orang-orang yang kurang berpengalaman tapi tinggi dalam pendidikan dan teori. 

Sejahat mana orang-orang yang bersosial bebas ni?
Dan..
Sebaik mana orang-orang yang tidak bersosial bebas?

Sejauh mana kita bijak dalam me-level seseorang itu baik dan jahat?

Bila aku sambung belajar ke tempat jauh, aku berkawan dengan banyak orang. Dari situ sedikit sebanyak aku dapat tahu baik dan buruk di sebalik setiap kejadian. Kawan-kawan aku dulu kebanyakkannya kaki clubbing dan banyak kawan-kawan yang berlainan jantina. Some of them ada yang pandai dalam pelajaran, ada yang baik sangat-sangat, tak kedekut, tak jahat mulut dan tak suka condemn orang lain

Walaupun aku tak pernah pergi clubbing, diorang bukan jenis yang suka memaksa dan mempengaruhi orang. Semua tu bergantung dengan siapa kita berkawan. Berkawan dengan orang memiliki sosial yang sihat juga belum tentu menjamin kita akan menjadi seorang yang baik. 

Tapi maksud aku bukanlah mengatakan yang jahat itu sebenarnya baik atau sebaliknya. Maksud aku ialah jangan menilai seseorang hanya dari pandangan kasar sahaja. Aku hairan ada sesetengah 'innocent' people suka condemn orang lain dan mengatakan mereka tak pernah buat itu dan ini kononnya mahu orang lain tahu mereka ni golongan baik-baik (kedua tangan angkat ke dada sambil mata rolling 360°).

Kalau takut terpengaruh dengan kawan-kawan yang hidupnya sosial bebas, silalah jangan berkawan. Tak ada gunanya jijik dan cuba condemn orang lain. Aku ada seorang kawan macam ni satu ketika dahulu, apa yang terjadi pada dia waktu itu ialah dia terkena culture shock yang lebih teruk dari kawan-kawan yang lain. Bak kata, mengata dulang paku serpih, mengata orang dia sendiri yang lebih. Akhirnya dia pregnant dan tak habis belajar sedangkan kawan-kawan yang dia pernah jijik dulu dah berkejaya sekarang ni. 

Masing-masing ada cara hidup dan sebab tersendiri. Clubbing, pil, arak, dadah dan sewaktu dengannya adalah pilihan individu itu sendiri. Namun pandai-pandailah jaga diri dan fikir mana satu baik dan tak baik.

P/s aku sangat benci dengan sikap aku masa zaman sekolah dulu. Sebab tu aku tak nak judge orang suka hati dan belajar dari kesilapan.






No comments: