Tuesday, August 12, 2014

Imbas entry lama

Berkulat dah blog aku berbulan tak pernah di-update. Beribu-ribu isu semasa dah banyak berlaku dalam dan luar negara. well, hidup aku masih macam biasa dengan masalah yang sama. Kalau nak dibincangkan di dalam blog ni, sampai ke esok aku menaip pun belum tentu siap.

Bila aku imbas kembali entry-entry lama aku, ada satu picture yang aku post dalam keadaan mata merah (aku nak link-kan tapi tak jumpa-jumpa entry tu). haha, bila ingat balik memang lawak juga. Attention seeker juga aku ni yer. Tapi itu biasalah, umur masa tu masih budak-budak lagi belum matang sepenuhnya. Tapi aku tak akan remove kenangan tu semua, biarlah bersemadi di blog aku ni. Mana tahu time dah tua, review balik entry lama.. Memang sweet dan memalukan sangat.

Aku mengaku blog aku kebelakangan ni suka cerita pasal benda rasis sampai satu ketika aku naik muak pulak. Kenapa aku suka cerita topik tu? Sebab kehidupan aku mostly bermasalah disebabkan benda-benda macam tu. Tapi seriously, aku nak elak dah tulis benda-benda macam ni.. Dekat Facebook saja aku dah tersangatlah bosan tengok status orang post benda yang melibatkan bangsa dan agama even mereka cakap orang lain rasis dan mereka tak rasis walhal bagi aku mereka semua sama jer. Bom sana, bom sini (bom mulut jer), dua kali lima..

Aku sekarang nak fokus berkawan dan jadi baik dengan semua orang. Aku nak luahkan benda-benda negative pun make sure tak ada melibat kan kaum dan agama orang lain sebab aku sayangkan family dan kawan-kawan aku. Bukan nak kata aku respect, tapi aku betul-betul sayangkan diorang. Bak kata Miley Cyrus "forget the haters because somebody loves you".

Nak jadi baik bukan senang, kadang-kadang orang langsung tak pandang. Lebih teruk diorang fikir negative pasal kita. Cukup-cukuplah dengan haters diluar tu, diorang nak benci, dipersilakanlah membawa hati busuk diorang ke syurga (kalau dapat lepaslah). Janji, kita jangan susah hati, hidup kena gembira.

No comments: