Wednesday, August 27, 2014

Jaga aib musuh atau tidak?

Seperti yang kita tahu sekarang, fenomena aib atau keburukkan diri atau ketidaksempurnaan diri adalah sangat popular dikalangan orang yang nak jadi baik sekarang ni. Begitu juga aku yang sedaya upaya cuba mengawal diri dari menceritakan keburukkan orang lain meskipun ia benar. Kebanyakkan orang yang aku kenal yang menjadi musuh aku sekarang lebih banyak menjual aib aku kepada orang lain berbanding aku. Tapi hairan, diorang adalah orang yang kuat sembahyang kononnya tak kisahlah agama apa.

Kenapa aku boleh tahu? Sebab aku dapat maklumat dari orang kepada orang kepada orang lain. Sungguh tak sangkakan, dulu respect, sekarang aku dah tak nak percaya dengan orang macam tu. Sejahat-jahat aku, aku boleh consider lagi and sometimes, bila dah diorang buat palat besar, apa lagi, meletuplah kan. Dan bila aku dah meletup, aku tak akan minta maaf atas sebab aku jadi emo sebab aku pun manusia juga, ada hati dan perasaan.  Jadi emo itu normal.

Memang jauh disudut hati aku, aku nak sangat buka aib diorang sebab aku ada bukti kukuh beserta dengan gambar sekali. Tapi aku tahan dan tahan, tak tahu sampai bila akan terluah juga kan. Tapi at the same time, aku juga tak nak jadi macam diorang. Suka cerita keburukkan orang, dan bukan itu saja, fitnah cerita kosong pun ada. Diorang kata diorang nak di-respect, tapi diorang tak pernah bagi respect pun.

Kadang-kadang rasa nak muntah bila tengok diorang sangat baik dengan orang lain didepan tapi bila dibelakang, dioranglah juga yang kaki mengumpat. Paling best bila diorang mengumpat guna bahasa diorang yang kita tak faham. 'Budi bahasa budaya kita', agaknya mengumpat dalam bahasa diorang mungkin budaya diorang jugak kot? Just kidding. Ambillah tauladan, buangkan yang negative.

Jangan jadi macam diorang sudah.

No comments: