Tuesday, August 26, 2014

Oh kasihan Melayu Sarawak



Oh kasihan Melayu Sarawak,
Gara-gara bencikan Melayu Semenanjung, seluruh keturunan Melayu menjadi mangsa
Sedangkan masih ada Melayu Semenanjung yang baik hati pun dihina-hina..

Melayu Sarawak,
Kita bersama-sama satu Sarawak membela Sarawak, ramai dikalangan kita membela nasib bangsa-bangsa lain di Sarawak yang ditindas oleh ORANG LAIN,
Tapi rupa-rupanya selama ni kita dilabel sama saja macam ORANG LAIN..

Oh Melayu Sarawak,
Mostly kita open minded, mostly kita tak kisah
Tapi adakah kita tidak terasa jika ada yang claim Sarawak tiada bangsa Melayu asalnya dan tanah bukan untuk Melayu walaupun berpuluh-puluh tahun bermastautin di Sarawak,

Kasihan Melayu Sarawak,
Hanya kerana segelintir bangsa kita yang berbuat kesalahan dengan bangsa lain, seluruh bangsa kita dibenci dicaci..

Melayu Sarawak,
Walaupun kita seolah-olah tiada tempat di Sarawak, kita tetap sayangkan keharmonian dan kedamaian di Sarawak..

Melayu Sarawak,
Maybe ada segelintir lebih suka cari kesalahan kita untuk didebatkan, kita diam saja..
Mun sidak maukkan tanah, ambiklah.. Maukkan dunia, ambiklah.. Maukkan nama, ambiklah..
Jangan jak kita jadi kedak sidak yang fanatik ya,
Gik rami kawan bangsa lain yang bait-bait sik macam sidak.. Ibohlah kita melabel orang macam orang melabel kita..

Oh Melayu Sarawak,
Janganlah disebabkan sidak, jiran jadi sik bertegur, bestfriend jadi musuh, family putus saudara, kawan tikam belakang hanya kotan bangsa dan agama sik sama..
Bersabar selama 90 tahun sikkan lama mun di bandingkan selepas kita semua mati..

Orang Sarawak,
Sik guna bertelagah makey ayat-ayat al-quran dan kitab sekalipun mun niat mok menjatuhkan dan memalukan orang lain..
Ibarat kita nyuruh orang jadi bait tapi diri dan hati kita penuh dengan kebencian..

Sekian, bersatu teguh bercerai roboh.





No comments: