Tuesday, August 26, 2014

Perkahwinan tanpa restu keluarga

Seringkali aku mendengar cerita dari kawan-kawan aku yang berkahwin tanpa restu keluarga dan seringkali aku mendengar mulut-mulut orang mengatakan berkahwin tanpa restu keluarga tidak akan bahagia dan tidak berakhir selamanya. Ya, memang kata-kata itu common dikalangan masyarakat kita. Kita ditakuti dengan sumpah seranah dan adat resam keluarga. Siapa kita untuk menentukan jodoh seseorang?

Meskipun dengan restu keluarga tujuh keturunan sekalipun, jika jodoh pasangan tidak berpanjangan pasti juga akan bercerai-berai jika sudah tidak sehaluan. Di manakah logiknya "kahwin tanpa restu keluarga selalunya tidak akan kekal"? Jika masing-masing cuba mempertahankan hubungan, jika Tuhan meredhai, apakah ada alasan lagi untuk tidak kekal?

Penyebab kahwin tanpa restu itu tidak kekal pun hanyalah disebabkan desakan orang tua. Dan orang tualah yang menyebabkan penceraian itu berlaku. Oleh itu, setiap pasangan yang kahwin tanpa restu jika mahu hubungan bertahan lama, mereka akan pergi jauh dari keluarga masing-masing kerana mereka adalah gangguan dan perosak rumahtangga yang telah dibina.

Jika terjadi juga penceraian, tanpa restu tetap bukan penyebab utama. Sejauh mana kita dan pasangan mampu mempertahankan sesuatu hubungan?

Mak aku yang baik dan tak demand, rindu sangat-sangat

Aku tidaklah mengatakan bahawa kita perlu kurang ajar dengan orang tua yang lahirkan, bagi makan minum dan tempat tinggal kita. Tapi dalam memikirkan kepentingan mereka, kita juga harus memikirkan kepentingan kita sendiri. Bukan semua anak-anak mendapat ibubapa yang baik dan memahami. Jika kita tidak keluar dari sempadan yang mereka bina, selama-lamanya kita akan hidup dengan corak yang mereka cipta dan seterusnya kita akan menyeksa anak-anak kita seperti mana kita pernah diseksa satu ketika dahulu.

Tidak ada istilah kahwin dengan pasangan, sama seperti kita kahwin dengan seluruh keluarganya. Istilah itu hanya digunakan untuk menjaga kepentingan keluarga itu sendiri dan juga adat resam setempat. Sedangkan kita tahu, sebenarnya istilah itu langsung tidak mendatangkan apa-apa faedah pun. Seorang anak dan menantu, tidak perlu dibagi ancaman atau kata-kata ugutan untuk berbuat baik dengan keluarga masing-masing. Anak-anak itu sendiri akan melayan keluarganya dengan baik jika dia benar-benar sayang.

Orang yang sanggup memutuskan hubungan dan tali persaudaraan hanya disebabkan perkahwinan adalah orang yang tidak berperikemanusiaan khususnya ibubapa (kerana mereka juga manusia seperti kita dan bukannya malaikat). Mereka sengaja membawa nama Tuhan semata-mata untuk menakutkan anak-anak mereka supaya jangan menderhaka kepada ibubapa.

Masih ramai diluar sana suami dan isteri yang berkahwin tanpa restu keluarga yang memerlukan dorongan dari kita. Janganlah kita pula menyebabkan mereka lemah semangat. Sedangkan hubungan kita dengan pasangan hanya sekadar boyfriend dan girlfriend, respect-lah orang lain yang sanggup menghalalkan hubungan mereka meskipun dihalang.

Aku rasa kasihan dengan mereka yang berkahwin tanpa restu keluarga. Kehidupan mereka lebih mencabar dari kita, diuji dengan tekanan dan psychology dari keluarga masing-masing. Aku rasa, penyelesaian yang dapat dibuat adalah lost contact dengan keluarga mereka dan pergi jauh dari situ. Biarlah orang kata anak jahat sekalipun, mereka tetap manusia yang ada perasaan macam orang lain dan mereka sendiri tidak pernah diminta dibuat sebegitu.

Nasihat kepada generasi akan datang, hapuskanlah ibu bapa parasit. Jadi ibu bapa yang matang, dan berfikiran positive. Anak itu satu anugerah, bukan sesuatu yang boleh kita perhambakan. Janganlah hanya berniat untuk besarkan anak supaya dapat duit gaji diorang dan kesenangan bila dah berjaya atau doa untuk diri sendiri masuk "syurga" sahaja. Adakah itu betul-betul ikhlas untuk dapatkan anak? Adakah kita benar-benar ikhlas mengandungkan dan lahirkan anak tanpa mengharapkan balasan dari mereka kecuali dengan kasih sayang?


No comments: