Monday, September 1, 2014

Personaliti dan sikap aku

Ramai dikalangan kita masih tak tahu membezakan antara personaliti dan sikap setiap individu. Personaliti itu macam sesuatu yang berbentuk keperibadian yang melekat pada diri kita yang tak akan berubah sampai bila-bila. Kiranya macam habit juga. Manakala sikap ni macam sesuatu yang berkaitan dengan perangai atau attitude yang boleh berubah-ubah mengikut masa, mood dan sebagainya.


Jadi, aku tak hairan kalau ada sesetengah orang judge aku melalui sikap aku, bukan personaliti sebab diorang tak tahu diri aku yang sebenar. For your information, sikap aku adalah based on how they treat me. So, kalau diorang layan aku okay, aku okay jer. Kalau tak, buruklah padahnya kan..

Aku mengaku, aku cepat marah dan cepat terasa (sometimes) tapi aku tengok keadaan juga sebab consider diri dan orang lain kena ada. Instinct aku juga selalunya betul (bukan nak memuji diri), terutama sekali bila ada orang nak ambil kesempatan nak menipu aku. Aku juga jenis yang strict, bagi aku tidak berterus-terang adalah sama macam menipu.

Tapi perasaan marah tu cuma dengan orang yang aku kenal dekat-dekat (macam family, bestfriend dan sebagainya) sebab biasanya aku jenis yang cool dan tak ambil peduli hal orang lain. Tapi kalau yang dah menyibuk hal orang tu lain ceritanya, part paling tak suka. Tapi, demi nak menjadi kekal comel dan muda, aku terpaksa bersikap positive selalu. Perasan jer kan, bagus lagi main game online, puas hati.

No comments: