Wednesday, August 27, 2014

Selfie muka tembam





Dalam bulan ni, aku sangat rajin update blog aku. Al maklumlah, masa ni cuti panjang semester. Bulan depan dah start busy. Minggu ni saja, mimpi-mimpi aku semua yang berkaitan dengan Unimas dan pendaftaran subject. Bayangkan, betapa pentingnya semua tu bagi aku. 






Entry kali ni aku nak cerita pasal muka aku. Part paling aku tak suka pasal muka aku baru-baru ni ialah muka aku ni gemuk. Bak kata orang putih, round shape face. Sumpah kalau selfie mesti nak kena pada sudut tertentu. Pasal rambut pula jangan sesekali dibiarkan pendek lebih-lebih lagi paras pipi. Memang terselahlah tembam pipi tu. 






Rambut kalau depan gunting pendek pun tak sesuai untuk muka tembam atau bulat. Rambut tak boleh straighten nipis, kena ada alunan supaya dapat cover bentuk muka. Sebab tu sekarang aku jarang berselfie, tak confident dengan diri sendiri. Tapi kalau tembam sikit tak apa juga, biar nampak comel. Asalkan jangan melampau-lampau sampai nampak double chin.






Kalau risau muka naik bulat, aku sarankan belajarlah senaman muka dari Youtube video. Kurangkan minum air yang terlalu banyak sebelum tidur dan pakai bantal yang tinggi sikit supaya air tak pergi ke muka yang menyebabkan kembang pada waktu pagi (Orang Korea punya tips). Pakai bantal tidur jangan tinggi sangat sebab nanti akan menggalakkan double chin terbentuk. 






No comments: