Tuesday, September 9, 2014

Anak mak


Sewaktu melayani Youtube, aku tertengok satu cerita animasi Melayu adaptasi dari movie Bawang Putih dan Bawang Merah. Boleh tahan cerita tu, aku suka dengar mak tiri Putih membebel jahat. Memang cun dengan suara jahat dia. Pada masa yang sama, aku teringat satu ayat yang sangat sesuai dalam cerita tu iaitu "anak mak". "Anak mak" ada yang baik, ada yang tak baik.



Teringat juga dengan seorang mak orang ni yang selalu manjakan anak perempuan dia macam dalam cerita di atas sampai sanggup suruh anak jadi macam perempuan jalanan, tarik perhatian lelaki dan sebagainya. Betul, memang serupa macam filem animasi di atas. Haha, jahatnya aku..

Walaupun aku bukan "anak mak", aku tetap sayangkan mak aku. Aku rasa happy sebab cara dia didik aku buat aku rasa lebih matang dan lebih berdikari. Bayangkan macamana "anak mak" yang manja-manja nak jauh dari keluarga? Kasihan jugak sebab apa-apa keputusan, semua perkara semua mak yang buat dan atur, Paling tak boleh blah bila lelaki jadi "anak mak". Rasanya aku rela tak kahwin kot. 



Sayang-sayang anak berpada-pada, termakan diri sendiri baru tahu. Sayang mak boleh, sayang sangat pun boleh tapi jangan sampai hilang akalnya. Fikir secara bebas dan matang, jangan hanya dipengaruhi adat sahaja. Kita dilahirkan bukan untuk buat sesuatu secara membuta tuli. Nama sudah manusia, salah silap tak akan lari kemana mahupun yang muda apatah lagi tua. Peace.




No comments: