Friday, September 5, 2014

Berita online

Mula-mula aku malas nak hiraukan benda-benda macam ni tapi lama-lama aku rasa macam menyampah pula bila orang kerap kali share dan sebarkan berita yang mengarut-ngarut secara online. Macam yang kita tahu, sekarang ni banyak sangat berita-berita (online news) online dengan pelbagai nama yang pelik-pelik macam dailynews, whatever news and so on . Walaubagaimanapun, aku bukanlah nak katakan berita tempatan yang kita tahu dekat TV tu semua betul tapi sekurang-kurangnya kalau diorang sampaikan maklumat yang salah, kita ada hak untuk saman, kita tahu siapa pengasasnya, siapa penulis cerita, siapa yang dapatkan gambar.

Tapi aku tengok bukan main sukahati mak bapak diorang pergi sebarkan berita online tak sahih macam "Islam melarang makan timun sebab timun adalah simbol untuk seks" (Pernah tertengok orang share suatu ketika dahulu). Apalah punya bangang nak share benda pelik-pelik siap nak malukan orang. Berita online kadang-kadang tak sahih, gambar boleh edit, website boleh buat, cerita boleh reka sana-sini. Makin mengarut, makin suka orang nak baca. Itulah taktik diorang, biar cerita fitnah asalkan laku.


Yang kita pembaca ni pun pelik, benda jahat kita nak baca, benda baik tak nak pulak nak menelaah macam belajar Sains ker, bahasa ker, ekonomi ker, maklumat yang sahih yang boleh didapati dekat perpustakaan. Online sekadar bacaan tambahan. Kalau nak sangat baca tentang isu-isu semasa, baik dalam dan luar negara, seelok-eloknya make sure mereka dapatkan benda tu sahih dan betul, kalau tak confident, elok jangan percaya, cukup sekadar bacaan untuk diri sendiri dan tak perlu nak share-share pun (berangan nak jadi reporterlah kononnya).

Bayangkan kalau kita percaya dengan maklumat yang salah, dah lah tak betul, kita pergi share pulak, Tak rasa bersalahkah? Kalau yang rasa diri tu baiklah.. Memang kita ada hak nak baca dan percaya, dan terpulanglah pada diorang. Paling tak boleh dimaafkan si pembuat berita, entah siapa yang punya website news suka sangat buat cerita mengarut. Kalau macam kita ni kononnya dah expert dalam dunia online, tak apalah juga kan. Tapi, macamana kalau orang tua, mak orang, bapak orang, atau budak-budak yang belum matang baca news macam tu? Baik fikir diri sendiri, fikir-fikirkan juga pasal orang lain. Kita hidup di dunia bukan seorang. Kalaulah kita boleh track dan boleh tahu siapa pemilik website dan news atau apa-apa jer lah yang berkaitan internet kan bagus.


No comments: