Friday, September 5, 2014

Biar miskin sebab belajar

Hari ni aku pergi buat pembayaran yuran pengajian dekat UNIMAS. Nak dekat seribu bayar setiap semester dan tu pun belum termasuk dengan tempat tinggal kolej asrama yang memakan belanja dalam RM400-500. Bayangkan betapa besarnya belanja yang perlu dikeluarkan. Kalau student yang tinggal jauh dari keluarga lagi payah, godaan kita sebagai student memang besar.. Dengan makannya lagi, dengan kawan, tempat tinggal dan gaya hidup serta cara bersosial.


Kawan aku ada yang dah habis semester ni, ada yang postpone dan ada yang masih study macam aku. Aku rasa sunyi pula bila makin lama, makin berubah keadaan sebab masing-masing dah nak menuju ke alam dewasa. Aku sedih bukan sebab belum habis study, aku sedih sebab tak sangka dah nak jadi tua, tak puas nak enjoy.. Kalau masih study sekalipun, kalau kawan semua one by one dah kahwin, dah kerja, dah ada komitmen pun, perasaan muda macam dulu dah tak sama macam sekarang.

No comments: