Monday, September 22, 2014

Hari yang malang



Hari ni aku rasa salah satu hari yang malang sepanjang masa aku di UNIMAS, dan aku gelarkan hari ni sebagai Evil Monday. First datang fakulti, tiba-tiba tak dapat charging laptop sebab fakulti ada problem dengan elektrik, bak kata setiap plug yang melekat dekat dinding memang tak boleh nak guna. Then, aku baru tahu SPA exam online ada ujian ulangan dua hari yang lepas dan aku terlepas nak isikan untuk adik aku dan menyebabkan adik aku tak terpilih untuk temuduga. Aku rasa macam dah menyusahkan orang pula. Kasihan adik aku, rasa bersalah betul aku hari ni.

Then, aku belum lagi register subject sebab ada problem tapi kebanyakkan group yang aku pilih semua dah cukup kouta. So terpaksalah juga aku pergi menjenguk lecturer tanya khabar yer tak.. Huhu. Then time aku guna laptop yang battery pun dah lemah, wireless mouse aku pula yang tak dapat guna sebab habis battery. Dah lah sekarang handphone battery aku pulak yang nak kong. Paling tak boleh blah, baru semalam streamyx tuan rumah tempat aku tinggal kena sekat sebab belum bayar bil dua bulan sedangkan masa ni jugak aku perlukan internet nak pergi ke website penting.


Tapi kan, dalam banyak benda-benda yang tak baik berlaku hari ni, aku tetap bersyukur sebab dah cukup makan hari ni. Lepas tu masa tak banyak dibuang dengan benda tak berfaedah. Dan urusan aku dengan Hal Ehwal Kewangan Pelajar UNIMAS dan selesai, kelas pun dah start datang, dah dapat belajar, kenal-kenal orang. Evil Monday, aku tetap positive hari ni, happy sungguh! Cuma harap cepat-cepatlah hari ni habis.. Hehe..

p/s Mungkin masalah adik aku tu ada hikmah Tuhan nak bagi, redha jer lah. Adik aku pun text aku, positive sungguh jawapan budak tu. =)





No comments: