Sunday, September 14, 2014

Ikut cakap orang atau jadi diri sendiri?

Sebenarnya aku sedih bila tengok orang selalu kena hentam oleh orang lain melalui laman sosial diorang sampai ada yang sanggup delete blog, deactived Facebook dan sebagainya sebab tak tahan kena hina oleh orang yang 'baik' dan 'bijak pandai' (mata rolling ke atas sampai kedua tangan mengangkat ke arah bahu sendiri).

Mulut orang memang kita tak dapat tutup pun. Apa yang orang tu nak dari kita ialah mereka mahu kita jadi macam mereka atau lebih teruk dari mereka. Selagi kita ikut kepala kita sendiri, selagi tu lah mereka tak akan berhenti membawa cerita dongeng mereka. Apa-apa yang kita buat semua salah di mata mereka. Sebab apa, sebab kita jadi diri kita sendiri. Tapi tak ramai dikalangan kita yang mampu bertahan dengan kerenah mulut orang. Akhirnya kita hilang keyakinan dan jadi macam mereka seperti apa yang mereka nak.


Tak boleh cantik sikit, orang mula dengki. Tak boleh kaya sikit, orang tak akan puas hati. Tak boleh gembira sikit, orang cari jalan buat kita sedih. Tak boleh emosi sikit, orang dok mengata perangai kita. Tak boleh jadi diri sendiri, orang akan jaja cerita kita dan fitnah kita. Ibarat cerita bapak dan anak berjalan bersama keldai sambil dihakimi oleh penduduk dari setiap kampung. Bila ikut cakap orang, sampai bila tak akan habis masalah, lebih baik jadi diri sendiri. Fikirkanlah, kalau kita jadi macam apa yang mereka mahu hanya semata-mata alasan mereka untuk jadi baik. Kenapa perlu orang tu mengumpat dan bermulut longkang seolah-olah kita ni tak ada perasaan. 




No comments: