Monday, September 8, 2014

Perempuan dan masak-memasak


Butter Prawn

Perempuan zaman sekarang ni kebanyakkannya tak mementingkan kerja di rumah terutamanya kerja memasak. Bukan sahaja di negara barat, malahan di Malaysia pun, perempuannya walaupun sudah hampir mencecah 30 tahun umur masih mengharapkan ibunya memasak. Kalau pandai memasak tapi malas tak apalah juga, tapi kalau cuma tahu masak air guna heater dan Maggi mee memang agak sadis kedengaran. Tapi apa boleh buat, perempuan tidak pandai memasak sangat senang dijumpai. 

Sambal sotong

Entry ini bukanlah bermaksud nak mengata perempuan tidak pandai memasak. Itu terpulang pada kehendak individu. Tapi memandangkan masak-memasak ni sangat sinonim dengan perempuan, adalah lebih bagus kuasai ilmu kerja di rumah selain ilmu dipelajari di sekolah dan Universiti. Malulah kalau lelaki pula yang lebih pandai memasak dari perempuan. Namun begitu, kalau sudah tidak pandai memasak, tidak salah kita mulakan dari sekarang untuk belajar memasak. Banyak kawan-kawan perempuan aku yang tidak tahu memasak tapi diorang berusaha untuk belajar memasak. 

Biskut makmur

Biskut Nestum

Kisah aku mula belajar memasak bila kami ada masalah keluarga sekitar masa aku berumur 9 tahun, Thats mean, aku start memasak masa umur aku 9 tahun. Masa tu keadaan agak terdesak bila mak aku jarang ada di rumah dan ayah aku pula pergi kerja. Aku memasak sebab aku kasihankan adik-adik aku yang masih kecil sebab kami selalu ditinggalkan di rumah tanpa jagaan orang tua. Even mak aku balik ke rumah sekalipun, aku tetap memasak memandangkan mak aku jenis yang malas memasak sampailah ke waktu sekarang. Aku tak merungut sebab lama-lama aku jatuh cinta dengan kerja memasak. Boleh masak dan buat makanan yang sedap-sedap dan hati aku rasa gembira bila orang makan dan memuji masakan aku. 

Bayangkan suami tak sabar balik rumah sebab nak makan masakan kita.. waaaaahhh..  




No comments: