Tuesday, September 23, 2014

Phantasy Star Online 2: 103 dan 105 error

Game PSO2 sebenarnya dah agak lama diperkenalkan di Jepun, namun masih lagi baru dimainkan terutamanya untuk bahagian SEA (kira asia tenggara). Dahulu memang aku agak teruja dengan game ni sebab graphic dia cantik sangat dan senang nak main. Selama beberapa hari macam tu aku download game sampai tak tutup laptop sebab size besar sampai 14GB. 

Tapi, lepas berjaya download tu, aku cuba install. Semuanya okay, normal macam biasa. Then, tiba-tiba ada error keluar macam yang dekat bawah. Error 103 dan 105 sekali.




Then, aku cari dekat abang Google dan gagal cari jalan penyelesaian, begitu juga bila aku buka page Facebook PSO2sea, ramai juga ada masalah yang sama. Ada juga masalah 103 dan 105 berpunca dari pemain dari luar Sea yang cuba main PSO2 Sea. Diorang suggest tukar VPN, pada mulanya aku tak ambil peduli sebab aku main dekat Malaysia dan mestilah guna ip address Malaysia punyakan. 

Selama beberapa minggu aku tak main PSO2 sebab masalah macam tu. Suatu hari bila aku keluar untuk menunggu waktu kelas, aku cuba on game PSO2 guna line data Celcom. Guess what, aku berjaya. Dan balik rumah aku cuba buka balik guna wifi Streamyx, error 103 dan 105 datang balik. So, dari situ aku tak rasa yang masalah datang dari game tu, aku rasa kemungkinan besar ip address atau VPN Streamyx tuan rumah ni yang menyekat game PSO2.

So, mana-mana yang ada masalah macam tu, aku suggest guna line internet yang lain ataupun cuba tukar VPN atau ip address walaupun kita punya internet guna VPN Malaysia atau Indonesia atau mana-mana Sea Country. Sekiranya tidak berjaya, digalakkan bagitahu direct terus pada GM PSO2.




No comments: