Sunday, September 7, 2014

Rawatan rambut

Hari ni aku menerjah ke salon setelah sekian lama tak pergi disebabkan kesibukkan pada semester lepas. Memang aku perempuan yang sangat malas keluar rumah apatah lagi bila cuaca panas dari pagi ke petang, tapi disebabkan rambut ni memerlukan maintainance khas terpaksalah jugak aku keluar rumah. Nasib baik hari ni salon tempat aku pergi tu tak banyak customer (sebab biasanya memang penuh orang). 


Dari pukul 8.30 pagi hingga pukul 1 petang aku menghabiskan masa dengan duduk, baring dan berjalan di dalam salon. Hanya kerana mahukan rawatan terbaik untuk rambut. Rambut cepat kering bila kena straighten, dye atau terdedah dengan bahan kimia serta haba yang tinggi. Bila rambut kering, rambut akan berubah warna dan kembang rosak. Kebanyakkan perempuan yang aku tengok bila pergi ke salon, diorang lebih pentingkan straighten, curl, atau warnakan rambut tanpa mengambil sekali treatment untuk rambut kononnya nak jimat duit. Treatment tersangatlah penting untuk mengekalkan kesihatan rambut.

Treatment boleh dibuat di rumah atau di salon. Kalau nak lebih proper atau lengkap boleh buat di salon manakala treatment biasa boleh dibuat di rumah. Gambar diatas menunjukkan salah satu bahan yang boleh bagi vitamin dan rawatan pada rambut kalau malas nak ke salon. Nigao professional adalah salah satu product rambut yang bagus dari German manakala Ezo yang aku beli adalah serum yang boleh bagi vitamin pada rambut. Selain shampoo, conditioner dan treatment sangat penting dan barulah boleh apply serum. Semua ni kena rajin buat dan tak ramai yang mampu buat semua. Kesihatan rambut adalah termasuk kesihatan diri kita juga. 




No comments: