Wednesday, October 29, 2014

Bahasa mencerminkan bangsa


Agak pelik bila seseorang yang kurang fasih dalam bahasa Melayu macam aku ni tulis blog dalam bahasa Melayu. Bukan aku tak pandai langsung cuma aku agak lemah dalam berbahasa termasuk bahasa Inggeris. Sebab tu tak perlulah nak dihairankan bahasa Melayu dalam blog aku ni agak kucar-kacir dan ada masanya aku sendiri kurang faham bila baca balik. Well, aku tak pasti aku lemah berbahasa (dalam percakapan atau pertuturan) sebab tak belajar betul-betul, atau aku rasa aku sama jer macam budak-budak lain yang bahasa diorang mantap habis. Cuma aku yang bezanya bermasalah dari kecil. Belajar bab bahasa ni antara yang susah nak dihadam tapi kalau bab math atau subjek lain boleh tahan power. Mungkin ada sesetengah orang kurang faham dengan apa yang aku tulis dalam blog dan mungkin ada certain orang kurang jelas dengan pertuturan aku. Bukan sebab aku tak belajar atau tak berusaha memperbaiki, tapi sebabnya aku memang sangat lemah dalam bab bahasa-bahasa ni. Kadang-kadang rasa kagum dengan orang yang boleh kuasai sampai 4 hingga 5 bahasa.. Macamana ek minda diorang boleh process dalam banyak bahasa dan kalau diorang cakap dalam hati, diorang guna bahasa apa?



Macam aku, bahasa Melayu baku dengan slang Sarawak adalah bahasa utama dalam famili aku then campur sikit bahasa Brunei dan bahasa Iban dan lain-lain. So jadilah bahasa campur dan diamalkan oleh aku sampai sekarang. Didikan famili mungkin punca aku lemah menguasai bahasa dengan lancar tapi bukan salah diorang sebab aku terdiri dari famili yang bercampur bangsa yang ada bahasanya tersendiri. Bila cakap pasal bahasa Melayu Sarawak, seriously aku tak pandai sampai aku datang ke Kuching dalam 7 tahun yang lalu itupun bila bergaul dengan kawan-kawan yang cakap bahasa Melayu Sarawak. Itupun juga mungkin dalam level 6 kalau dari skala 1 sampai 10. Nasib baik kawan-kawan disekeliling faham dengan bahasa dan apa yang aku cuba sampaikan. Bahasa adalah unik, tapi nasihat aku, kalau dah pandai berbahasa asing janganlah sampai boleh mengumpat orang menggunakan bahasa sendiri hanya disebabkan mereka tak faham. Ingat, bahasa mencerminkan bangsa. Jangan bawa malu sudah.





No comments: