Thursday, October 2, 2014

Berbeza pendapat



Aku teringat movie lakonan oleh Johnny Depp dengan Angelina Jolie.. Johnny Depp punya quote masa tu "Different is good..". Rasa tersentuh pula aku sebab sejak aku di bangku sekolah lagi aku memang berbeza dari orang lain. Kawan-kawan rapat selalu cakap aku ni pelik dan bagi mereka apa yang aku buat memang melawakkan. Seriously, aku tak terasa pun. Aku suka jadi lain dari yang lain. Asalkan perkataan "yang lain" bukanlah bermaksud perangai macam sindrom down atau tak senonoh.


Tapi risiko jadi berbeza ni, kita selalu rasa tersisih dan keseorangan. Sebab utama ialah tak berapa ngam dengan orang di sekitar kita. Aku pernah rasa semua tu, once aku rasa pendapat aku berbeza dari orang lain atau perangai orang tu dah tak ngam dengan aku, aku cuba elak nak bersama dengan orang tu. Bukan sebab sombong, nanti dibiar lama-lama, masing-masing boleh bermasam muka dan bergaduh. Itu yang aku cuba elakkan.

Tapi, semakin besar semakin matang. Aku dapat kawal mulut dari terlalu lantang sebab takut nanti buat orang lain sedih. Entahlah, apa saja yang orang lain fikir, aku akan fikir sebaliknya. So, bila diorang dah start argue, aku lebih suka mendiamkan diri sekarang. Bukan macam orang lain yang rasa diri dia berbeza, show off dengan cara terlalu lantang bersuara tapi tak pernah fikir pasal perasaan orang lain. Even kita rasa hati kita terluka sebab tak sama pendapat dan kita rasa macam tertembak, sebaiknya janganlah jadi macam diorang.

Walaupun niat kita baik untuk menegakkan sesuatu, adalah lebih baik action dari terlalu banyak bercakap. Pendapat adalah subjektif sama juga macam kecantikkan. Tidak akan ada seorang pun yang tahu pendapat mana betul, mana salah. Cuma yang kita pertimbangkan yang mana boleh mendatangkan lebih banyak kebaikkan dari keburukkan atau sebaliknya Sebab tu kalau boleh jangan terlalu melampau-lampau lantangnya..

Jadilah diri sendiri. Kalau dah rasa berbeza, jangan terlalu show off sangat. Consider dengan orang normal disekeliling kita.



No comments: