Tuesday, October 21, 2014

Bukan senang berfikir secara positif

Nak tahu apa perkara paling senang dibuat? Mestilah "bercakap".. Kita bercakap memang sangat senang, tak perlu tengok kiri kanan pun tak apa. Aku suka buat benda, berbincang atau berfikir secara positif tapi benda tu tak semudah mana yang kita war-warkan dihadapan orang ramai ataupun di Facebook. Salah satu rahsia keep positive ialah jadi seorang yang low profile. Bila kita kononnya jadi popular, kita semestinya dikenali dan makin ramai yang membenci kita sama ada bersebab atau tidak. Sebagai manusia yang ada perasaan, setakat mana kita tidak mempedulikan orang disekililing kita. Pasti juga akan terfikir pasal ni, lepas tu stress sendiri.


Time ni sanggup keluar ke pantai Sematan walaupun tak ada duit semata-mata nak buang stress jauh-jauh ke laut


Sekuat mana kita nak berfikir secara positive, sekuat tu juga tentangannya. Kita sebenarnya cakap-cakap macam tu sebab nak comfort atau nak tenangkan diri sendiri supaya terus berada di zon selesa. Rahsia kedua ialah orang disekeliling kita. Mood dan perasaan kita sangat berkait rapat dengan keadaan sekeliling kita. Kalau kita bergaul dengan orang-orang yang berfikir secara negative, memang lambat-laun kita akan transform jadi seperti mereka. Even kita kata kita bukan jenis yang mudah terpengaruh, kita sebenarnya sedang menipu diri sendiri. Sebenarnya kita tak akan sedar pun yang kita akan jadi salah seorang daripada mereka. Jadi, lebih bagus, jauhkanlah diri daripada mereka. Sebagai contoh ialah mengumpat orang dan menyebarkan fitnah.

Rahsia ketiga ialah mulakan rasa positive dari diri sendiri dulu dengan sentiasa bersangka baik. Bukan sahaja bersangka baik untuk buat lawak macam dalam Facebook. Aku rasa benda ni lah paling susah dibuat sebab susah bagi kita untuk tukar mentality yang dah di set dari dulu. Manusia ni salah satu benda yang susah nak ditukar ialah kedegilan dan cara mereka berfikir. Paling-paling boleh bersangka baik pun untuk sementara waktu, itupun bila dihadapan kawan-kawan dan keluarga supaya orang tahu kita ni baik.

Rahsia keempat ialah "action". Bercakap sahaja tak akan cukup. Bila kita nak berfikir positive dan bercakap secara positive, pastikan perangai pun elok dipandang. Bila kita mahu berada di zon positive, seboleh-bolehnya kita buatlah orang di sekeliling kita jadi positive melalui cara dan sikap kita sendiri. Apa gunanya kalau mulut cakap lain, hati cakap lain, action pun lain. Jadi betul-betul positive dan hipokrit nampak macam sama sebenarnya, jangan pula sampai diri sendiri tertipu oleh cara pemikiran sendiri.






No comments: