Thursday, October 9, 2014

Gila selfie II


Ramai orang suka ber-selfie dan ramai orang menyampah dan tak suka berselfie dan juga tak kurang orang yang mulut cakap benci bergambar selfie tapi diam-diam ber-selfie juga. Macam aku ni, aku start ber-selfie time aku form 4, time di mana first aku dapat handphone. Time tu tak ramai yang tahu pasal habit ber-selfie. Maklumlah, masa tu siapa yang handphonenya ada kamera dikira kaya. Tu belum termasuk handphone yang ada kemera depan.



Then paling gian berselfie masa aku diploma, bak kata tiap-tiap hari bangun pagi memang wajib berselfie. Lantaklah muka masih basi, mata dan muka kembang memang tak putus asa nak ber-selfie. Kenapa aku suka sangat nak ber-selfie? Sebab, tak ada orang nak ambil gambar aku. Aku minat bergambar sejak aku kecil lagi time zaman kamera pakai filem dulu, bila ayah aku isi filem baru, mulalah muka aku jer di setiap penjuru. Bila dengan kawan-kawan, aku segan nak minta tolong ambil gambar aku. Tapi bila dengan kawan yang aku tak segan, lain pula jadi gambar yang diambil. Kaburlah, mata tertutuplah, nampak lemak sini-sanalah..

Memandangkan muka aku super bulat, nak tangkap gambar supaya muka nampak kurus bukan senang. Takut orang yang tangkap gambar aku ni annoying sangat. jurukamera paling aku suka ialah adik aku. Bukan saja angle yang cantik, tapi permandangan disekitar kita sekali jadi cantik.. Macam model pula. Sebab tu, berterabur gambar selfie aku di blog ni. Lantaklah orang cakap tak matured ker, apa ker, aku just suka buat apa yang aku suka buat janji tak kacau orang..

Muka baru bangun tadi



No comments: