Friday, October 17, 2014

Harta benda orang



Bukan nak jadi kedekut dengan harta benda. Aku jenis yang suka share-share barang aku dengan orang lain. Tapi, itulah kan, tiba-tiba tersentap bila ada seorang mamat ni macam tak mengenang budi jer. Sebab dia tak ada laptop, aku kasi pinjamkan.. Dia boleh pakai bila-bila masa jer. Sebab kasihan tengok budak tu tak ada laptop, handphone pun bekas-bekas handphone aku yang dulu-dulu punya. Kadang-kadang risau juga dengan keadaan laptop aku yang kurang jagaan, guna pun berpuluh-puluh jam tanpa henti, malware, virus semua melekat.



Sampai satu saat (kisah lama), dia bagitahu dekat aku, lepas dia nak beli laptop baru yang powerful lah kononnya, dia nak buang laptop aku jauh-jauh. Dengan nada bergurau, aku sebenarnya rasa sedih juga sebab tak sangka macam tu pula balasan dibagi. Bila aku tegur nanti, dikatakan mengungkit pula then mulalah tak nak guna laptop aku, tak nak sentuh sebab aku ungkit. Nampak sangat permainan tarik tali disitu. Tapi, yang aku hairan, bapa dia boleh pula belikan laptop untuk adik perempuan dia pakai study lah kononnya.

Nak guna barang aku boleh, tapi berpada-pada. Still juga duit bapa aku. Bila aku ingat peristiwa ni, rasa sakit hati pun ada. Ha, tengoklah nanti macamana dia nak pedulikan aku bila dia dah ada barang-barang baru. "Like i care", bak kata dia lah. Bersyukur pun tak pernah, everyday complain dan complain sebab tak cukup duit. Dah dah, melalut pula aku ni..

Apapun, semoga dapat barang yang better, lagi bagus, lagi mahal dan mantaplah sangat, tak perlu buat barang aku macam sampah lepas kau dah berseronok sakan.




No comments: