Friday, October 31, 2014

Lelaki idaman

Lelaki idaman aku cuma wujud dalam mimpi jer. Sebab dalam mimpi, kita boleh cipta banyak perkara yang sempurna dan tak ada cacat cela. Tiada perempuan yang tak ada lelaki idaman sendiri cuma kebanyakkannya sudah ke alam realistik dan semestinya perempuan yang bahagia kena sedikit materialistik. Bagi aku, lelaki idaman aku bukanlah sesempurna mana pun dan aku tak pernah minta yang sempurna. Cukup kalau seorang lelaki itu memahami dan gentleman. Seriously, bagi pandangan peribadi aku, aku tak pernah inginkan lelaki yang kuat agama atau bajet alim dimana ciri-ciri lelaki yang banyak diidamkan oleh perempuan lain. Aku ada reason sendiri kenapa tak minat dengan lelaki spesis macam tu.


Sweet jer kan? Future husband.. Haha.. Aaminn..

Ilmu pengetahuan dan kematangan itu sangat penting. At least ada ciri-ciri kepimpinan. Kalau bab rupa paras dan tubuh badan of courselah aku ada peduli. Tak semestinya lelaki sahaja yang tengok paras rupa perempuan. Perempuan pun sama sebenarnya. Well, aku ada ciri-ciri tersendiri yang aku suka, impianlah sangat kan.. Walaupun aku jenis yang suka berdidikari, sometimes suka tengok bila lelaki sanggup bayar bil atau keluarkan duit ala-ala gentleman. Bukan sekali dua jer, tapi berterusan sampai bila-bila. Bila melibatkan tenaga kerja walaupun kecil kecuali kerja untuk gaji, dia dahulu yang sanggup buat bukan sekadar nak show off depan orang ramai. Paling sweet, bila dia jenis yang suka melindungi atau king control. Seriously, aku suka bila kena control dan suka lelaki yang cepat cemburu dan bukan cemburu buta. Aku suka bila ada lelaki tu yang alert macam alert bila aku moody, bila aku happy dan suka ambil tahu tentang diri aku. Wow, seriously sweet! Paling susah nak cari bila lelaki tu sanggup support aku bila aku argue dengan orang lain walaupun dia tahu aku salah.

Kadang-kadang rasa macam remaja balik bila berangan macam ni. Patutlah hormon masih tak stabil jer. Mungkin sebab realitinya lebih pahit, bagi aku.. Mungkin. Bila rasa tak happy dengan kehidupan sebenar, mulalah nak berangan benda yang bukan-bukan semata-mata untuk happykan diri sendiri. Rasa psycho jer kan tapi itulah sebahagian dari habit aku dari dulu. Aku bukanlah tak boleh menjadi realistik, tapi depend dengan situasi. Aku ada masanya dengan kawan-kawan, dengan orang lain dan kadang-kadang sendirian.

Balik kepada cerita pasal lelaki idaman, agaknya bilalah nak jadi realiti? Haha. Apapun nak lelaki yang hot, diri sendiri kena hot dulu.. Haha. Alahai.....

No comments: