Tuesday, October 21, 2014

Pantai Sematan






Entry lepas aku cerita pasal jadi positive. Entry kali ni aku nak cerita pasal stress.. Bukan nak jadi stress, tapi nak bagitahu macamana aku hilangkan stress aku. Salah satunya, aku suka pergi ke tempat-tempat yang cantik selain dari shopping mall. Kalau dah tak ada duit sangat, aku akan cari tempat yang berangin dan tenang macam pergi pantai. Memandangkan pantai Pasir pandak, Permai dan Santubong agak common bagi aku, Aku pada minggu yang lalu telah pergi ke pantai Sematan buat kali kedua. Perjalanan dari Kuching mengambil masa dalam 1 jam 30 minit kalau ikut jalan belakang Matang (kena naik ferry). Makin jauh, makin best. Aku kan jenis yang suka adventure.




Area Sematan ni kecil jer. Macam pekan biasa tapi yang bestnya waterfront dia adalah tepi laut atau tepi kuala. Berlainan dari Kuching yang waterfront dia adalah tepi sungai. Kalau nak tenangkan jiwa, lepak dengan kawan-kawan dalam tempoh yang sekejap bolehlah turun ke pantai Sematan. 






Ambil gambar sendiri memang wajib!




No comments: