Friday, October 3, 2014

Penjagaan muka di waktu cuaca panas


Cuaca paling aku tak suka adalah cuaca yang terlampau panas dan terlampau sejuk. Paling tak boleh terima bila terlampau panas dengan badan yang berpeluh-peluh. Tapi, apa boleh buat, Malaysia kan terletak berhampiran dengan garisan khatulistiwa dimana tepat-tepat bumi paling dekat dengan cahaya matahari. Pelikkan, kalau orang dari Eropah beriya-iya sukakan negara panas. Kita Malaysia ni pun susah nak bersyukur. Haha. 


Masa ni aku ikut kawan balik rumah dia, jauh juga dan kebetulan panas.. Muka kembang sampai mata nampak kecil!


Pada pandangan personal aku, bukannya apa. Muka aku jadi pelik bila terlampau terdedah dengan matahari. Bak kata, muka dan badan memang akan kembang dari biasa. Memang buruk sangatlah katakan. Then, liang roma akan terbuka, kalau tengok dekat cermin gerenti boleh nampak. Kulit aku ni pelik sikit. Mudah kena jerawat, kalau dah lepas tengahari memang wajib cuci muka sebab nak buang kotoran yang masuk ke dalam liang roma terbuka. Lepas tu, keringkan dan terus sapu guna toner.

Alololololo.. Kucing ni tabiat dia suka menjilat tangan orang, tiap kali jumpa mesti sorok dulu tangan tu..


Toner sangat penting dalam mengelakkan jerawat hinggap di muka. Ini sebabnya, bila kita cuci mukakan, liang roma masih terbuka dan kotoran boleh masuk semula di muka. Sebab tu kena guna toner untuk sejukkan dan tutup balik liang roma yang terbuka. Kalau tak, memang bertimbunlah whitehead dan blackhead nanti. Sebenarnya taklah serumit mana kalau nak jaga muka asalkan tahu mana satu produk dan masa yang sesuai digunakan.


Haaaa. tengok! Asal tangkap gambar jer mesti tak boleh duduk diam si comel ni!

Tapi seelok-eloknya, kalau dah terdedah lama sangat dengan cuaca panas. Biarkan muka kering dan sejuk dahulu baru pergi cuci. Kalau cuci time masih berpeluh dan panas-panas akan menyebabkan penyakit panau pada kulit dan percayalah, ianya sangat buruk sebab ada kawan kepada kawan aku dah kena. Sayangnya, muka dah cerah tapi kalau tak pandai jaga, payah juga kan. 




No comments: