Thursday, October 2, 2014

Sosial hidup zaman sekolah menengah

Dari zaman aku sekolah dulu sampailah sekarang, aku memang dah banyak berubah. Bukan setakat dalaman dan fizikal atau attitude, malahan cara penampilan juga sangat ketara perubahannya. Bagi kawan-kawan sekolah lama aku, mungkin diorang rasa perubahan macam tu adalah perubahan yang tak elok tapi bagi aku sebaliknya. Terus-terang aku bagitahu aku benci diri aku yang dulu, sebab tu aku terus perbaiki dan perbaiki untuk jadi yang lebih baik sekarang.

Aku masih ingat, time paling banyak orang tak dapat mengenali diri sebenar aku adalah start aku pindah ke Mukah. Masa tu, cara aku tak ngam dengan kebanyakkan orang disana dan masa tu juga aku cepat terpengaruh dengan kawan-kawan (tak semua) untuk bercakap buruk pasal orang lain sebab aku rasa diri aku lebih baik kononnya. Ada kawan yang rapat tapi selalu meninggi diri dengan kekayaan dan kecantikkan diorang. Rasa macam kesunyian saja sebab sangat tak serasi walaupun dikelilingi oleh banyak kawan. Bayangkan 3 tahun aku menderita di sekolah. Lepas tu, jumpa lagi haters yang buat hal dengan aku sedangkan aku tak kacau diorang sampai layangkan surat dengan kata-kata benci. Tapi dalam banyak-banyak kawan juga, ada kawan yang okay dan baik tapi entahlah, aku rasa masih ada ruang diantara kami sampaikan tak semua perkara aku nak cerita detail pasal diri aku.

Bila diingat kembali, lebih banyak sakit hati dari mengembirakan hati. Even sekalipun memohon berjuta-juta kemaafan, hati ni tak mungkin mampu memaafkan lagi. Tapi, seburuk-buruk kenangan, paling bermakna adalah belajar dari kesilapan. Biarlah apa orang nak kata bila jumpa aku sekarang ni or nak jadikan aku gosip ke apa.. Aku happy go lucky jer.

Memang juga aku sengaja tak nak jumpa kawan-kawan lama aku untuk berkumpul bersama, sebab apa yang aku dapat dari diorang adalah feedback yang negative. Lepas tu siap menyindir, tak tahulah apa niat sebenar diorang sebab aku tak akan cerita detail pasal diri aku dengan diorang. Macam yang aku bagitahu dulu, aku tak akan judge orang macam diorang judge aku. Tak mungkin aku nak berubah macam dulu hanya melalui kata-kata sedih atau sinis atau semualah sekali. Sebabnya, time aku kesusahan masa sekolah dulu-dulu, aku menangis seorang-seorang dalam bilik tiap kali habis sekolah.

Bukan nak jahatkan siapa-siapa juga. masa sekolah dulu, aku adalah salah seorang pendengar setia yang tak akan mencelah atau tukar topik bila orang bercerita dengan aku. Tapi malangnya, semua kawan-kawan aku dulu tak suka dengar cerita boring aku. Maklumlah, dulukan nerd, pengawas sekolah, kerja rumah.. Cerita pasal crush ada tapi tak ramai yang tahu, topik boyfriend-boyfriend ni aku tak pernah nak sentuh sebab aku rasa aku masih belum bersedia. Dalam otak cuma study dan study. Dahulunya masa berkawan, bukan main sama-sama berjanji lepas dapat result SPM, sambung belajar sama-sama tapi bila aku baru masuk 1 bulan di PLKN Sungai Rait Miri 2008, dah dengar berita kawan dah study dan bawa haluan masing-masing. Tapi aku bersyukur juga, start aku pun bawa haluan aku sendiri, aku lebih berdidikari dan matang.

Kak Mal, kawan aku sejak dari diploma sampai sekarang masih keluar bersama


Itulah zaman sekolah menengah aku dulu. Study bukan main hebat, tapi hidup sosial sangat teruk. Bila hidup sosial bagus, study pula teruk. Memang masing-masing mahu jadi watak utama dalam line cerita sendiri begitu juga dengan aku. Aku dari dulu bukan jenis yang suka mengampu orang tapi terpaksa juga dengar cerita orang yang memuji dirinya sendiri. Nasib baik kenangan tu dah berakhir. Masuk ke alam diploma dan degree paling menyeronokkan apatah lagi jumpa kawan sama kepala.


No comments: