Tuesday, October 7, 2014

Student perempuan yang tak berduit



Patutlah orang selalu pandang rendah dengan student, salah satu sebab adalah kebanyakkannya tak berduit. Macam aku ni, duit yang banyak adalah ibarat jauh panggang dari api bak kata. Kadang-kadang cemburu tengok perempuan yang bertaraf student tapi duit tak pandai kering dalam beg. Kalau lelaki tak lah susah sangat nak perlukan banyak duit, tak macam perempuan. Perempuan sangat banyak keperluan. Dengan keperluan 'ehem-ehem', bra, makeup, pencuci badan, muka dan segala, pakaian lagi, kasut, collagen (kalau rasa perlu), vitamin, then semua-semua tu lah banyak sangat nak disebut. Dah lah dengan harga mahal nak cekik darah. Tu belum termasuk makanan. 


Nanti bila cakap semua tu tak perlu, susah pula sebab perempuan kena pandai jaga diri dan personaliti bukan sahaja pada rohani. High maintainance katakan. Nanti tak pandai jaga diri, orang hina dan mengata.  Aku bukan jenis yang disiplin sangat dalam menjaga diri tapi kalau bab barang keperluan, aku sanggup tak makan sebab nak maintainkan semua barang keperluan dan make sure semua kena ada. Dah lah juga time tak ada duit ni, time tu juga harga minyak naik. Rumah dah lah jauh 40 minit dari UNIMAS, tiap-tiap hari ulang-alik memang mampus. Aku bukan juga jenis kaki minta duit dari mak bapak sebab aku tahu diorang pun susah juga.

Then, bila tengok perempuan lain beli beg berjenama, pakaian pun tip-top, kasut macam-macam warna tinggal nak match dengan baju jer, purse cantik-cantik semestinya dalam hati aku teringin nak macam tu juga. Sekarang ni, shopping barang-barang murah jer dapat dan asyik pakai baju yang sama sebab pilihan tak banyak. Ramai kawan cakap carilah boyfriend yang banyak duit, tak semudah tu. Nampak sangatlah aku ni 'pisau cukur' nanti. Lagipun aku lebih suka pakai duit dari diri aku sendiri. Bila dah bekerja nanti lain cerita, kalau kerja bagus boleh juga shopping sakan barang perempuan. Kalau kerja macam pecacai, haaa.. jawablah sendiri.



No comments: