Thursday, October 23, 2014

Terima kenyataan



Salah satu perkara yang paling susah kita nak buat adalah menjadi seorang yang realistik. Sebab apa susah, sebab kita kebanyakkannya termasuk aku susah nak menerima kenyataan terutama perkara serius. Tapi tak semua benda yang aku tak boleh terima cuma ada certain perkara yang penting yang melibatkan masa depan aku. Kalau aku, aku belum boleh menerima kenyataan bukan sebab saja-saja. Aku rasa takut dan risau kalau-kalau impian dan rancangan masa depan aku terganggu. Siapa yang tak takut kan.

Macam yang lecturer aku bagitahu dulu, jadi realistik baru kita dapat mengenalpasti hala tuju kita. Fikirkan mana satu membawa kebaikkan dari keburukkan. Macam yang aku tengok kisah di Facebook homewall aku (tak tahulah betul atau tak, ambil tauladan), menceritakan pasal seorang perempuan peluk ex-boyfriend dia pada hari perkahwinan lelaki tu dan disebelah lelaki tu adalah isteri sah dia. Benda tu berlaku setelah mereka berdua ber-couple selama 7 tahun dan bila lelaki tu datang melamar, keluarga perempuan tu pula yang menolak. So, lelaki tu kahwinlah dengan orang lain. Ramai juga yang mencaci hina perempuan tu sebab diorang kasihan dengan isteri sah lelaki tersebut. Mungkin bagi kita, kita cakap macam tu sebab kita tak pernah rasa apa yang diorang rasa. Cinta itu subjective, setiap manusia ada level perasaan cinta dia sendiri. Kita tak boleh nak agak sama ada dia betul-betul cinta, atau sekadar cinta atau tidak.. Begitu juga dengan orang yang bunuh diri sebab cinta.

Sumber dari web lain yang aku baca


Aku bukanlah nak memihak dengan orang-orang macam mereka tu dan aku tak memihak dengan orang yang rasa diri dia betul. Memang salah kalau berbuat sesuatu tanpa berfikir hanya kerana kita susah nak menerima kenyataan, sebab kita manusia. Kita manusia yang ada perasaan, bukan robot yang kena program itu dan ini. Tapi janganlah sampai kita yang lain mencaci dan menghina. Banyak dah aku jumpa orang macam ni, last-last diorang pun dua kali lima juga. Itu bukan karma, tapi itu adalah kitaran hidup. Kita memang akan buat sesuatu yang pernah kita hina suatu ketika dahulu. Jadi, apa salahnya jika kita hanya diam, jaga mulut dan tingkah laku dan ambil tauladan. Memang susah nak menerima kenyataan, tapi kita boleh slowly belajar dari kesilapan. It's ok bila kita beremosi, tapi fikirlah mana satu yang mendatangkan faedah dan mana yang tidak. Jawapan terbaik ialah redha, walaupun tak semua yang dapat buat macam tu.

Macam aku, aku tak pasti apa tindakan aku seterusnya just hopefully aku tak buat benda-benda bodoh jer sebab aku kena jaga maruah aku dan mak bapa aku. Study, kerja dan kahwin. 3 perkara yang berbeza tapi memberi kesan mendalam dalam hidup aku dan itupun belum pasti berlaku seperti mana yang aku rancang. Paling tak suka, orang kiri-kanan yang merosakkan plan itu, lempang nak? haha. Tak apalah, Tuhan ada.. Dia tahu siapa benar dan salah. Remember, what you give, you will get back!





No comments: