Monday, October 6, 2014

Tidak yakin dengan penampilan



Ni dinamakan sudut muka tembam


Memang selalu terjadi bila aku nak berfesyen keluar rumah. Sebabnya, kalau hari biasa atau waktu kelas, aku selalunya keep on low profile. Pakaian boleh dikatakan simple setakat jean dan t-shirt. Kadang-kadang rasa juga nak berfesyen kalau nak jalan-jalan. Tapi itulah kan, aku ni jenis yang tak yakin dengan penampilan diri aku. Tiap kali keluar, walaupun berfesyen (bukan fesyen pakai sexy), mesti rasa ada yang tak kena apatah lagi di tempat yang ramai orang.

Ni pula muka serious ala-ala matured kononnya


Bila tengok orang kiri kanan tengok aku, rasa pelik semacam. Seriously, aku tak pernah imagine benda yang elok dalam fikiran orang yang tengok aku bila aku keluar pergi mall ker atau jalan-jalan. Dalam otak aku, mesti diorang mengumpat, tak pun diaorang akan fikir "eh, gemuknya perempuan tu!" or "Yuck, style apa tu, pakaian ketinggalan zaman.." Bukan nak jadi gediklah, cuma itulah reality bila aku rasa macam berfesyen tak jadi. 

Problem aku sekarang ni, aku takut nak pakai pakaian yang nampak diri aku gemuk. Tapi bukanlah aku nak pakai yang ketat-ketat sebab berpakaian ketat akan menampakkan kegemukkan badan lagi, bukan nampak kurus. Sebab tu aku selalu berhati-hati bila nak mengenakan pakaian even kasut, selipar atau high heels, even bag sekalipun. Kalau orang yang selalu bersama aku, memang diorang pening tengok aku berapa kali bertukar baju sebab tak yakin nak pakai baju apa supaya kelihatan okay. 

Apapun, ni yang sebenar, aku tak berisi.. Masa ni pun rasa tak yakin keluar rumah, cek-cek rupanya kasut koyak dan rosak, nasib ada duit lebih beli baru. 


Itulah yang susah bila badan aku ni berisi sikit. Nak kata gemuk tak juga, nak kata kurus jauh sekali. Memang seksa nak match semua baju, skirt, seluar dan segala-galanya. Tu baru bab pakaian, belum bab makeup.. Huhu. 

No comments: