Monday, November 3, 2014

Attitude, perempuan dan aku


Perempuan memang ada banyak jenis dan perangai. Ada yang seksi, ada yang bertutup, ada yang suka bersederhana, ada berhati baik, ada yang low profile dan ada yang suka tikam belakang. Setiap benda yang baik, mesti ada celah-celah yang buruk. Macam aku, rasanya nak kategorikan mana satu?



Yang pastinya aku jenis yang freethinker dan liberal. Aku pun bukan jenis yang baik hati kecuali dengan orang yang aku suka. Aku jenis yang flexible dan mudah consider dengan orang lain. Sebab tu ramai yang suka ambil kesempatan sebab aku jenis yang cepat lembut hati. Aku tahu ramai yang belum mengenali aku akan fikir aku ni jenis yang sosial dan liar berdasarkan cara aku berfikir (very extreme open minded), cara berfesyen dan dengan kawan-kawan aku yang kebanyakkannya jenis yang sosial juga.

Bukanlah bermaksud aku tak ada kawan yang religious atau innocent. Kawan begitu tak kurang banyaknya. Just diorang yang rapat memang akan tahu aku ni jenis yang macamana. Well, memang tak dinafikan aku ni jenis yang bebas dan aku sangat suka kebebasan tapi kebebasan tu sometimes aku kawal bergantung dengan keadaan dan masa yang sesuai.

Tapi, yelah kan.. Tak semua orang dapat terima aku sebab diorang tak kenal aku, diorang cuma kenal luaran aku jer. That's why aku dari dulu tak suka judge orang. Aku judge bila aku kenal betul-betul serta faham apa yang berlaku. Haha, by the way.. Aku still boleh respect orang lain sama ada jahat atau baik sebab aku percaya yang berlaku tu memang ada sebab tersendiri.


No comments: