Monday, November 3, 2014

Cemburu sesama perempuan


Memandangkan aku lupa bawa external hardisk untuk bermain game PSO2 di tempat belajar (kantoi game jer kerja), masa terluang ni aku isi dengan berblogging. Bab pasal cemburu dan perempuan. Bukan cemburu ala sayangkan kekasih or manja-manja. Ni pasal cemburu yang rasa nak sepak jer sebab dia lebih dari kita. Lumrahnya kita perempuan, masing-masing nak lebih. Even mulut cakap macam style low profile tapi percayalah dimana-mana saja walaupun jauh di sudut lubuk hati memang inginkan perhatian. Cuma tak berkenannya perangai perempuan ni cepat cemburu dan nak bersaing. Kalau budak remaja bersaing nak jadi popular, yang bekerja bersaing nak gaji besar, yang mak orang bersaing nak perabot mahal-mahal, bersaing anak siapa paling baguslah kononnya. Mungkin ada yang betul-betul low profile tapi susah nak cari. Bak kata, satu dalam seribu.

Memang banyak dah pun terjadi dalam hidup aku benda-benda macam ni malahan aku dah banyak kali jadi mangsa. Sometimes, orang nak bersaing dengan aku tanpa sebab. Kalau masa sekolah, kawan-kawan sendiri sanggup bersaing nak lebih pandai dari aku. Siapa cakap bersaing macam tu sihat? Bersaing nak jadi pandai secara sihat ialah bersaing dengan diri sendiri bukan dengan orang lain. Sebabnya kalaulah aku lebih sikit, teruslah si kawan-kawan ni tak nak tegurlah, tak nak cakap dan sebagainya. Kedua, bersaing siapa paling cantik. Bab ni, paling aku menyampah sampah sebab masih lagi terjadi sampai sekarang (bukan dari kategori kawan sahaja). Asal jer perempuan, mesti kaitkan dengan cantik. Aku tak pernah cakap aku cantik, tapi sometimes agaklah melampau kalau ada orang berkias kasar seperti "tetek besar sebab badan gemuk" or "buat apa pakai makeup, cantik biar natural" dan sebagainya. Bila orang cakap macam tu seolah-olah apa yang dia describe tu cun-cun kena kepala kita, siapa yang tak terasa kan? Sebab kenapa kalau tak lain dan tak bukan adalah sebab cemburu. Tanyalah dekat orang tak cemburu, ada dia kisah nak komen gitu?

Ketiga, cemburu kalau banyak laki usha perempuan tu dari kawan dia atau perempuan tu banyak kawan lelaki. Bab yang ni sangat popular di kalangan perempuan. Sikit-sikit semua nak kaitkan dengan lelaki apatah lagi kalau lelaki tu kaya atau handsome, mulalah berderau darah si pencemburu ni. Mana tak datangnya fitnah kalau bukan orang cemburu. Kadang-kadang kawan sendiri boleh jadi duri dalam daging. Aku pernah kena bila ada seorang lelaki ni sukakan aku then tiba-tiba adalah perempuan ni cakap benda tak baik pasal aku siap sengaja tangkap gambar paling hodoh aku sebab nak tunjuk dekat lelaki tu. Style dia macam bergurau tapi sebagai perempuan, aku faham sangat niat dia so lantak dia lah nak sangat lelaki tu, ambil jer.



Keempat, cemburu bila ada gadget atau barang-barang mahal atau brandy. kalau yang ini, lelaki pun ada cemburu, perempuan pun apatah lagi. Time aku selalu terkena masa zaman sekolah menengah dan diploma. Bukan main bersaing nak handphone canggih dan laptop canggih kononnya. Aku menyampah sangat sebenarnya. Aku pernah terkena dengan kawan sendiri dulu, bila aku beli high heels baru then alih-alih kawan aku ni cakap design dia dah ketinggalan zaman dengan nada yang sombong. I was like, huh? okay.. Paling tak boleh blah bila siap comparekan harga handphone siap cakap rugi beli handphone (handphone aku) macam ni sebab mahal, dah lah tak ada itu ini, slowlah, kecillah dan lain-lain. Kalau nak ikutkan hati, rasa nak lempang tapi ajaibnya aku boleh pula bersabar masa tu.

Kelima adalah cemburu paling tak siuman. Orang tu langsung tak boleh tengok kita happy. Happy jer mesti muka dia ketat, masam, kelat dan pahit. Aku memang kategorikan benda ni dalam kategori cemburu se-package sekali dengan kategori haters. Bila tengok kita happy, mulalah nak menggatal mulut nak cerita buruk sana-sini. Percayalah, orang macam ni akan sentiasa berusaha nak buat kita sedih. Selagi kita tak sedih, hati mereka ni akan gundah-gulana dan tak tenteram. Hah, baru tahu betapa dahsyatnya cemburu ni.



No comments: