Friday, November 14, 2014

Gadis yang bergaya


Hari tu aku ke kelas macam biasa, duduk dalam kelas 30 minit lebih awal dengan keadaan kelas yang macam berada di paras beku apatah lagi diwaktu pagi dan musim hujan telah tiba di hujung tahun. Then, suddenly ada dua orang perempuan duduk sebelah aku. Muka biasa-biasa tapi style nampak bergaya, ladies.. Siap bawa handbag, pakai ladies shoes. Bagi aku, style tu masih nampak biasa sebab ramai dah student perempuan di sini yang suka bawa handbag dari beg sandang macam aku bawa setiap hari ke kelas. Pelajar IPT memang dah biasa bergaya macam tu. Aku sebenarnya memang nak jadi normal macam diorang cuma aku fikir dapat ker laptop disumbat ke dalam handbag nanti, botol air, payung, pencil box, files, notes and so on.


Kadang-kadang aku rasa aku ni nerd sangat walaupun ada orang cakap aku ni jenis yang bergaya. Mungkin bergaya dengan cara yang tersendiri maksud diorang. Kalau nerd tak bergaya tapi pandai tak apa juga, tapi kalau tak deanlist, buat malu jer. Nasib aku bukan jenis yang pakai spec. Walaupun bergelar student, ada sesetengah orang beranggapan bergaya tak penting tapi macam kita semua, kita dah berada di zaman modern, sudah tentu berfesyen itu penting. Jarang jumpa orang yang tak suka bergaya kecuali kalau dia nak bergaya yang epic failed, if you know what i mean.

Susah jadi lelaki, susah lagi jadi perempuan. Macamana pun aku cuba jadi ladies, bergaya bagai nak rak tetap akan jadi serba tak kena dengan aku. Seriously aku rasa down dan tak confident. That's why style aku agak tomboy sedikit (tetap tak cun juga sebab body ada shape perempuan). Tak macam ladies tak apa, janji cool~


Kadang-kadang muak jer pakai beg sandang berat-berat ke kelas, alangkah bagus laptop boleh jadi kecil atau beg tu sumbat apa jer tetap ringan macam pocket Doraemon. Aku ni dah lah pakai beg sandang, bawa lagi beg lain untuk letak notes dan files. Aku pun hairan, macamana student perempuan zaman sekarang boleh ke kelas dengan bawa handbag yang comel siap boleh bawa tablet lagi. Oh ya, hari tu ada seorang perempuan ni heboh-heboh pasal dia beli jam tangan Gucci harga RM2000.. Tahniahlah, aku punya jam tangan Padini jer, tak tahu bila nak beli Gucci-Gucci gitu. Tu belum beg Gucci, beg Spring pun dah sakit nyawa nak beli.

Itulah hidup student yang tak berduit, berlapar itu perkara biasa asalkan nampak bergaya.


No comments: