Thursday, November 27, 2014

Homesick a.k.a rindukan rumah keluarga


Bila sebut pasal homesick, memang terserlah wajah anak-anak manja terutamanya yang belajar jauh dari rumah sehingga terpaksa duduk asrama atau rumah sewa. Memang tidak dinafikan, kawan-kawan aku kebanyakkannya ramai yang homesick sampaikan hampir setiap minggu nak jenguk balik ke rumah mak bapa. Manakala, kalau aku.. Aku bukanlah jenis yang homesick dan aku langsung tak rindukan rumah mak bapa aku sepanjang masa aku di Kuching. Mungkin, kalau ada pun, sikit-sikit macam tu yang sampai tak melarat macam orang gila bercinta.



Masa ni aku balik ke rumah ayah

Bulan lepas, lecturer aku ada menyelitkan topik pasal dia rasa menyampah dengan student yang homesick sampai cuti pendek pun nak juga balik ke rumah dan abaikan tanggungjawab mereka kepada study dan exam. Bak kata, orang yang jenis homesick ni adalah tidak sihat dan tak baik. Tak baik sebabnya, kita terlalu bergantung dengan mak bapa. Orang yang homesick ni sebab utama nak balik sebab inginkan keselesaan dari keluarga, nak semua benda free macam makanan, servis dan semua sekali dan bukannya atas dasar rindukan mak bapa yang sebenar. Alasan utama mungkin adalah sebab rindu kononnya tapi disebalik niat itu, mereka rindukan masakan mak, belaian ayah dan gurauan dari adik-beradik dan saudara mara. Lecturer aku cakap, cuba mak bapa diorang kenakan caj bayaran dan harga servis yang sangat mahal kalau si homesick ni nak balik rumah, adakah mereka sanggup bayar dan akan balik rumah? 


Time ni adik aku yang comot ajak menjelajah ke kapal dan pasir bukit.. 

Bila aku dengar lecturer aku cakap macam tu, aku tersentak. Mungkin betul juga apa yang dia bagitahu. Kita cuma nak balik rumah sebab inginkan keselesaan yang sudah biasa kita dapat dari kecil. Bagi orang yang malas dan tak tahu masak, lagilah rindukan mak menjadi kuli masak dan buat kerja dirumah. Tidak seperti bila kita jauh dari keluarga, semua benda nak kena buat sendiri, duit pun kadang-kadang kena sekat sebab takut terlebih belanja. Dari situ, aku berfikir, kita gunakan alasan yang nampak macam baik untuk kepentingan diri kita sendiri. Contohlah kalau budak yang tidak mempunyai background family yang baik sangat jarang homesick melainkan niat nak jaga ahli keluarga yang sakit atau ada tanggungjawab lebih besar disana. 

Bagi aku, jalan terbaik kalau betullah niat rindukan mak dan bapa. Apa salahnya cuba contact setiap hari tanya khabar. Tak balik bukan bererti anak derhaka. Balik bila perlu dan balik bila niat kita betul dan bila family rindukan kita sangat-sangat. Jangan pula bila kita balik, mak entah kemana, ayah entah kemana, kita pula pergi keluar lepak dan jarang melekat di rumah. Tak selamanya kita perlu melekat dibawah ketiak mereka. Sudah tiba masanya kita jadi dewasa dan matang. Kita berbuat begitu tak bermaksud untuk buang mak bapa macam tu, kita berada jauh dari mereka kerana niat yang baik dan ada masanya akan juga pulang ke tempat asal. 



No comments: