Thursday, November 27, 2014

Jenis-jenis manusia di Facebook


Percaya atau tidak, kita boleh mengetahui perangai dan personaliti seseorang melalui apa yang telah mereka post melalui Facebook.

1. Jenis yang kaki hasut
Orang jenis ini seringkali berkata dengan kata-kata yang kelihatan seperti cuba menghasut atau mempengaruhi seseorang terutama sekali dengan orang yang mudah percaya. Mereka sedaya upaya akan cuba mengambil maklumat-maklumat yang kononnya berunsurkan fakta untuk meyakinkan orang disekeliling untuk mempercayai mereka.

2. Jenis yang suka ber-diari
Manusia jenis ini statusnya sangat-sangatlah panjang. Panjang sebab mereka seolah-olah bercerita di dalam Facebook mengenai apa yang telah berlaku kepada mereka pada hari tersebut. Kadang-kadang apa yang mereka cuba sampaikan sangatlah membosankan kepada orang yang suka scroll wall Facebook mereka.

3. Jenis yang rasa diri popular
Jenis yang ini sangat banyak haters. Di Facebook mereka, kita akan lihat sangat banyak status yang berunsur "perasan diri popular" seperti "kalau i tak reply chat, that's mean i tak minat dekat you". Rasanya ramai friendlist Facebook dia menyampah dengan perangai orang jenis ni.

4. Jenis yang kaki selfie
Almost everyday dia tangkap gambar selfie dan upload di Facebook, kadang-kadang satu hari boleh tiga empat kali tukar gambar profil di Facebook dia. Mostly, orangnya cantik-cantik dan handsome-hansome.

5. Jenis yang kaki like
Jenis ni ada dua kategori. Kategori pertama adalah orang yang suka menge-like gambar atau status orang. Kerja dia buka Facebook hanya untuk like orang sahaja. Kategori kedua ialah orang yang selalu dapat banyak like dari orang lain, kadang-kadang boleh mencecah 1000 likes sekali post, itupun status "Nak makan dekat mana?". Orang jenis ni juga boleh dikategorikan jenis yang nombor 3.

6. Jenis yang positif
Orang yang jenis ni dunia dia penuh dengan charge-charge positive. Di statusnya sahaja sudah boleh dilihat betapa gembiranya dia di dalam hidupnya. Kata-katanya juga berunsur inspirasi dan sentiasa produktif. Pasti di Facebooknya hanya penuh dengan quotes yang membina.

7. Jenis yang kaki bodek
Orang jenis ni mulutnya penuh dengan kata-kata manis. Kebanyakkan kita boleh melihat cara dia mengomen di Facebook orang. Tujuan mereka hanya untuk ingin mendekati seseorang atau ingin dikenali oleh orang lain sebagai orang yang baik dan setia.

8. Jenis yang stalker
Facebook stalker kebanyakkannya penuh dengan kawan yang kurang mutual friend. Di wallnya sahaja sangat jarang update tetapi mereka selalu online dan hampir setiap hari. Tujuannya hanya untuk menganalisis orang-orang di friendlist mereka.

9. Jenis yang kontroversi
Yang ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang ingin popular. Kebanyakkan benda yang dia post di Facebook lain dari orang lain sehingga boleh menarik perhatian orang untuk melihat orang jenis ini. Apa yang mereka mahukan hanya perhatian, agaknya dunia realiti mereka agak kesunyian dan keseorangan.

10. Jenis yang sharing is caring
Manusia jenis ni boleh dilihat melalui apa yang mereka share di Facebook mereka. Apa-apa sahaja video, status, articles atau gambar yang mampu menarik perhatian mereka, mereka akan share ke Facebook tanpa mengenalpasti kesahihan maklumat tersebut. Alasan mereka, mereka hanya share yang terpulang pada yang lain melihat untuk menentukan kebenarannya. Masalahnya budak umur 7 tahun pun sudah ada Facebook.

11. Jenis yang jiwang
Setiap hari mereka jenis ni akan post kata-kata yang menyentuh kalbu sehingga boleh membuatkan orang yang membacanya menyampah. Gambar mereka juga tidak kurang penuh dengan insan berdua di dalamnya. Jenis ni pakar dalam edit 2 gambar jadi satu gambar.

12. Jenis yang pakar ilmu pengetahuan
Biasanya orang jenis ni suka post pasal sesuatu yang berunsur pendidikan dan kesedaran. Mereka juga kebanyakkannya jenis yang pandai dalam study atau top student dan tidak kurang juga kelihatan seperti nerd. Kebanyakkan sahaja, bukan semua.



13. Jenis yang chipsmore
Manusia jenis ni mempunyai Facebook yang sangat tidak aktif. Kalau boleh, sebulan hanya online dua tiga kali sahaja, itupun sangat jarang ber-update. Mereka dalam kategori ni jenis yang sangat busy dengan dunia realiti atau tiada internet atau kerja jauh dari kawasan jaringan internet.

14. Jenis yang pendiam
Orang jenis ini boleh dikatakan aktif online Facebook tapi profilnya tidak pernah ada apa-apa yang terbaru. Mereka hanya berminat untuk mengetahui perkembangan kawan-kawan mereka sahaja.

15. Jenis yang hipokrit
Senang sahaja untuk mengenali mereka. Di Facebook lain, di dunia realitinya pun lain.

16. Jenis yang kaki complain
Apa-apa sahaja akan menjadi serba tidak kena padanya. Kata-katanya seperti orang yang hampir hilang harapan, namun lebih tepat jenis yang tidak pandai bersyukur.

17. Jenis yang fakers
Manusia jenis ni hidupnya penuh dengan kepalsuan. Terdapat tiga kebarangkalian, sama ada tujuaannya untuk stalking orang, atau untuk jadi popular sebab pakai gambar perempuan cantik, atau untuk menyebarkan fitnah ke atas orang yang punya gambar tersebut.

18. Jenis yang gamer
Manusia jenis ni suka promote game dengan kawan-kawan mereka. Lihat sahaja di notification, pasti kena invite main game oleh mereka.

19. Jenis Pendakwah
Tak kira mana-mana agama, orang jenis yang ini sangat suka menyampaikan ayat-ayat dari kitab mereka. Tidak pasti apa tujuan mereka, untuk menyebarkan kebaikkan atau menunjukkan diri mereka baik supaya senang cari jodoh di Facebook.

20. Jenis yang show off
Yang ni paling menyampah. Semua gambar dan statusnya wajib tunjuk barang-barang yang berjenama dan mahal-mahal.

21. Jenis pengumpul
Facebooker jenis ni sangat suka kumpul kawan-kawan di Facebook, jadi fan di semua page, join mana-mana group. Rasanya kalau Facebook tak ada limit friends, boleh sampai satu juta kawan-kawan, itupun belum tentu tegur depan-depan bila berjumpa.

22. Jenis screenshot
Jenis ni suka cari kesalahan orang, even kesalahan sebesar kuman sekalipun. Pantang ada pelik sikit, terus screenshot, konon-kononnya mahu sebarkan kepada orang ramai dan bangga bila jadi viral hanya kerana menyebarkan aib orang lain. Screenshot yang saja-saja untuk diri sendiri lain pula.


No comments: