Tuesday, November 25, 2014

Jenis yang suka berkata "pedas" a.k.a "sarcastic"


Firstly, aku setuju kebanyakkan entry aku banyak memang berunsurkan ayat-ayat pedas yang paling common orang kita selalu buat. Bukan niat aku sengaja nak menyakitkan hati orang, cuma rasa pelik dengan sikap segelintir yang selalu aku maksudkan (entry-entry yang lepas ada disebut). Tapi, juga tak terniat nak minta orang yang dimaksudkan berubah kerana cara berfikir dan attitude sangat susah nak diubah apatah lagi dengan nasihat atau teguran yang sopan-santun. Tapi, jangan salah faham. Di blog aku mungkin suka berkata pedas, tapi di dunia realiti, aku jenis yang nampak macam tak ambil peduli hal orang lain, tak suka mengomen orang-orang di sekeliling dan lebih suka menjadi pendengar kepada orang lain. Dari situ, aku kumpul-kumpul maklumat dan luahkan di blog bukan secara ber-emosi walaupun ayat macam ber-emosi.. Hehe.


Cuma nak bagitahu, perangai yang suka menyindir atau berkata-kata pedas ni sebenarnya sangat tak elok. Sebab utama tak lain tak bukan, kita secara tak sengaja boleh menyakitkan hati orang lain. Kedua, kita buat orang lain sedih dan tak ada mood sepanjang hari. Ketiga, kalau dengan niat nak mengubah mereka jadi baik tak akan berjaya sebab siapa nak ikut nasihat orang yang dibenci nanti. Secara automatik, kita mencipta musuh sendiri. Memang sangat best bila berkata-kata, sangat riak sebab kita rasa diri kita sahaja yang betul masa tu, tapi bila-bila masa nasib orang yang kita sindir tu terbalik kena kepada kita. Lagilah malu, bila disaksikan oleh musuh-musuh sendiri.

Teringat dengan gambar troll yang selalu kena share dekat laman sosial yang berunsur sarcastic. Jenis ni menyindir ala-ala buat lawak juga nampak macam memperbodohkan aib orang. Yang ni pun agak kurang elok oleh sebab kebelakangan ni ramai orang berjiwa sensitive. Tips untuk orang berjiwa sensitive, memang kita rasa marah orang buat kita macam boneka sebab kita tak sempurna disebabkan aib kita, tapi jangan pula kita jadi macam mereka. 

p/s Nak kenakan orang (menegur cara melawak atau serius atau apa-apa sahaja) biarlah bertempat dan juga bergantung dengan situasi yang sesuai yer.. Jangan sampai bermusuh sudah. Nanti ada pula yang mati kena bunuh atau kena santau. Just be careful, kita tak tahu dengan siapa kita deal..




No comments: