Tuesday, November 25, 2014

Kemalangan kereta aku yang pertama dalam hidup


Setiap manusia, mesti mengalami kemalangan kereta sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup sama ada kemalangan ringan atau teruk. Begitu juga dengan aku, cuma yang luar biasa yang telah aku alami adalah aku terlibat dalam kemalangan kecil selepas 5 hari aku dapat kereta baru dan selepas seminggu lesen P aku keluar. Agak bernasib baik juga sebab kemalangan tersebut berlaku di dalam kampus UNIMAS di tempat parking Fakulti Sains dan Teknologi Sumber. Bila diingatkan kembali, agak melawakkan juga sebab ramai orang masa tu sedaya upaya cuba membantu aku termasuk Unit Anggota Keselamatan Unimas serta kakak-kakak staff fakulti aku. Itulah kenangan manis masa jadi student UNIMAS bila dikenang kembali tahun-tahun akan datang nanti. Kenangan pahit pula adalah aku jadi trauma sampai sekarang, bukan trauma takut nak drive atau trauma cedera itu dan ini. Aku trauma sebab duit yang telah memberi kesan yang mendalam sampailah ke hari sekarang ni.

Kos pembayaran memakan hampir RM 2000 termasuk harga kerosakkan kereta aku 

Kisah kemalangan ni bermula bila aku nak turun ke kelas dari rumah. Sampai di tempat parking, aku cuba membelok tapi tak tekan brek pun then terlanggarlah belakang si Myvi comel yang tengah dok parking kemas-kemas. Bukan saja-saja aku tak nak tekan brek, aku panik sebab masih baru dalam memandu kereta. Agak teruk juga rosaknya tapi apa boleh buat, aku tahu yang aku salah. Ramai kawan-kawan aku tanya, "kenapa tak lari jer memandangkan masa kejadian tu berlaku memang langsung tak ada saksi". Kalau aku se-nakal tu, memang aku dah lari kot, tapi kasihanlah owner kereta yang aku langgar tu nanti dan aku fikir macamana pula kalau aku ditempat diorang. Biarlah apa yang berlaku masa tu adalah pengajaran bagi aku, dan mungkin ada hikmah disebalik semua tu.

Kejadian ni berlaku setahun yang lepas

Nasib baik juga owner kereta tu baik. I mean ayah dan mak dia pun boleh consider sebab aku pun tak ada duit juga nak bayar masa tu, dan dikira cukup bertuah bila boyfriend aku tolong bayarkan semua kerosakkan kereta owner tu sebab kebetulan masa tu dia baru terima gaji. Kasihan, sampai sekarang aku rasa bersalah sebenarnya. Dari situ, aku dapat tengok betapa aku menyusahkan orang disekeliling aku even dengan orang yang tak kenal aku tapi diorang tolong juga walaupun ada segelintir mereka nampak muka semuanya macam tak rela nak menolong melainkan terpaksa. Memang aku ada fikir, kalau dapat diputar semula ke masa kejadian tu, aku memang akan drive slow dan akan tekan brek. Tapi, mungkin sebab aku masih baru dalam driving kereta tapi dah drive seorang-seorang sejauh lebih dari 40 Km, sebab rumah jauh dari kampus. Dari situ aku rasa, duit betul-betul sangat penting. Ada duit, semuanya tak ada masalah. Tak ada duit, mulalah macam-macam masalah datang seperti yang berlaku sekarang ni. Ekonomi Malaysia punmakin corrupt dari hari ke hari.

p/s Aku benci kereta manual sebab kena tukar gear dan ambil masa aku untuk berfikir semasa memandu. Lepas ni mungkin beralih kepada kereta jenis auto.



No comments: