Monday, November 10, 2014

Masalah dengan PTPTN


Well, Malaysia adalah salah satu negara yang masih belum memberikan pendidikan percuma pada pelajar atau anak-anak yang ingin belajar terutamanya kepada pelajar yang ingin sambung belajar ke peringkat diploma dan degree yang yurannya boleh mencecah puluhan ribu. Bila yuran pendidikan yang terlampau mahal, salah satu cara untuk mendapatkan duit adalah dengan berbuat pinjaman sebagai contoh MARA dan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan sebagainya.


Kebanyakkan pelajar mudah mendapat pinjaman melalui PTPTN namun tidak ramai yang mahu membayar balik pinjaman tersebut. Kebanyakkan peminjam PTPTN yang aku kenali bukan saja-saja tak nak bayar balik pinjaman diorang tapi banyak yang masih belum mampu membayar. Ada yang cuba buat penangguhan tapi kos pentadbiran masih berjalan setiap bulan. Ada cuba buat itu dan ini sebagai contoh ujrah tapi prosedurnya pula sangat rumit dan memakan masa. Ada orang yang aku kenal, dia bayar PTPTN bila ada duit lebih mengikut kemampuan dia sendiri tapi selang beberapa tempoh bila dia cuba semak balik pinjaman dia di PTPTN office Satok Kuching, mereka di office tu bagitahu dia punya baki pinjaman masih tidak berubah. Kawan aku sendiri bayar ansur-ansur tapi baki pinjaman tak bergerak. Semuanya disebabkan oleh kos pentadbiran yang tinggi. Bayangkan seseorang yang hanya mampu bayar RM50 sebulan tapi kos pentadbiran melebihi sampai RM100 lebih sebulan. Jangan kata pinjaman, bayar untuk kos pentadbiran sebulan pun tak lepas. 

Bila ada sesetengah orang ni yang menyokong kata fresh graduate bayar PTPTN tak mampu, beli gadgets mampu pula. Fikirkanlah, tak kan seumur hidup pun kena habiskan duit bayar PTPTN sahaja itupun belum tentu habis, nak mempertikaikan gadgets orang, orang lain pun nak bergaya tak akan orang-orang atas jer yang boleh buat macam tu. Sebab diorang tak rasa lagi kesusahan rakyat, dorang boleh cakap sukahati kah? Cuba hidup dengan gaji RM1400 selama 40 tahun, tengok apa yang diorang buat dengan gaji tu? 

Kalau negara sudah kesuntukkan duit sebab banyak berhutang dan mula memaksa bekas pelajar IPT untuk membayar balik pinjaman PTPTN, apalah salahnya mansuhkan saja kos pentadbiran yang sangat menyusahkan dan membuatkan orang rasa fed up nak bayar walaupun ada diskaun kalau bayar sekaligus atau bayaran tetap setiap bulan. Dengan keadaan ekonomi negara yang makin menyusahkan rakyat, berapa ramai yang boleh bergaji tetap yang tinggi? 



No comments: