Thursday, November 6, 2014

Orang yang open minded


Open minded atau berfikiran terbuka ni sebenarnya ada banyak jenis, tapi selalunya disalah erti sebagai orang yang suka berbincang pasal seks. Orang yang open minded ni sebenarnya dimaksudkan dengan cara seseorang berfikiran secara terbuka tak kira sama ada dari segi politik, sosial, agama dan sebagainya. Bukan setakat berfikir sahaja, malahan orang jenis ni boleh menerima fikiran orang lain dan boleh bercakap apa sahaja (bergantung dengan siapa mereka bercakap). Namun begitu, ada sesetengah orang ni mulutnya sahaja yang cakap open minded tapi sebenarnya tidak. dan ia boleh dikesan melalui tingkah laku dan cara mereka menerima pandangan. Tengok reaksi mereka pun dah cukup.



Paling tak boleh blah, bila kita sebut pasal open minded, automatically ada sesetengah orang ni ianya melibatkan open minded pasal seks. Sebut sahaja open minded, terus ingat seks. Bagi aku, orang macam tu jenis yang berfikiran sempit. Apa sahaja yang boleh melibatkan seks, mereka selamba jer terima tapi bila sebut something yang bukan pasal seks atau isu-isu sensitive pandai pula melenting buat diri macam baik.. Oh, please.. Aku tak maksudkan sesiapa tapi kalaulah ada yang terasa, silalah terasa yaa.. Aku, kalau bincang bab seks, aku pun suka sebenarnya tapi aku bukan berbincang secara bernafsu ataupun dengan sebarangan orang apatah lagi dengan orang yang baru dikenali. Aku lebih suka bercakap berlandaskan ilmu pengetahuan dan untuk buat lawak saja-saja. 

Begitulah nasib orang yang open minded. Selalu jer disalah ertikan. Sometimes, orang yang open minded ni lah yang selalu kena maki hamun sebab kononnya jahatlah, syaitanlah dan lain-lain sampaikan aku sendiri pun teragak-agak kalau nak bercerita dengan orang takut fikiran diorang tak sampai jauhnya atau terlepas dari sempadan minda diorang. Sebab tu, aku lebih suka kenal rapat dulu then barulah boleh decide orang tu boleh menerima jenis pandangan yang macamana. Ada orang tengok jer macam boleh terima tapi sebenarnya dalam hati dah lain, dalam fikiran pun lain. Ada yang pura-pura open minded sebab nak korek rahsia orang atau nak tahu cerita orang. So, kita kenalah pandai bezakan. 

Bagi yang bukan jenis open minded, diorang kebanyakkannya tak salah pun tapi yang open minded janganlah sampai panggil diorang sebagai katak bawah tempurung. Ada sebab kenapa diorang bataskan cara pemikiran diorang. Cuma, kepada yang bukan jenis open minded, diharap mulut dan fikiran pun bataskan dari menyumpah seranah orang lain atau kutuk-mengutuk. Nanti ibarat meludah ke langit terkena diri sendiri. Tak semua kita mempunyai cara pemikiran yang sama, sebab tu pentingnya mengenali dan respect dan penting juga beradaptasi bila bergaul dengan orang lain. 



No comments: