Sunday, November 23, 2014

Pelajaran tinggi tidak penting?

Pernah dengar tak quotes ni "Belajar tinggi-tinggi pun belum tentu ada kerja bagus" atau "Belajar sampai Universiti tapi hujung-hujung menganggur" ?? Well, mengaku jer lah benda tu semua common dikalangan masyarakat kita. Kita belajar untuk lulus dan cemerlang dan kerja dan seterusnya meneruskan hidup yang normal sebelum mati. What a life? Tapi lebih teruk dengan mentaliti kita semua yang sudah di set oleh golongan orang-orang tua. Kita bukan lagi belajar untuk ilmu, kita belajar untuk duit dan bayar hutang.

Kebanyakkan golongan yang sudah bekerja inilah yang suka memandang rendah kepada pelajar Universiti atau IPTA atau IPTS, sebabnya golongan kami ni kononnya penghabis duit mak bapa serta ke-pokai-an nombor satu. Once again, kenapa mesti samakan semua student macam tu? Not all student take for granted you know.. But you guys punya mindset, aduhai.. Itu belum lagi jumpa golongan pekerja gaji RM3000 (yang dikatakan terlebih cukup) atau pekerja kerajaan. Bukan nak kata semua, tapi kenyataan sesetengah daripada mereka berfikiran macam tu. Bila dah dapat kerja kerajaan, terus muktamad. Belum lagi keluar riaknya bila berjumpa orang-orang disekeliling. Bak kata lecturer kesayangan, adakah sampai ke mati kita nak drive kancil, axia, myvi sedangkan kita sudah bekerja? Bukan nak hina kereta comel-comel tu, aku anggap ianya sebagai dorongan lainlah kalau beli kereta comel sebab nak low profile. Memang ada yang tak belajar tinggi tapi income boleh sampai beratus ribu ringgit tapi berapa ramai yang berjaya macam tu? Nak harapkan business internet downline, token apa semua, berapa ramai yang berjaya kalau tidak dengan usaha. Adalah mustahil dengan hanya duduk goyang kaki sahaja. Itulah manusia, bila benda baik, kita halang, kononnya dari pengalaman kita orang tua. Tapi rezeki yang diberi tak akan sama setiap daripada kita walaupun jumlah gaji yang lebih kurang sama.

Memang akan ada orang yang belajar tinggi-tinggi tapi tak pandai mana pun, tapi tak semestinya boleh membuktikan orang yang tak belajar tinggi-tinggi sangat hebat dengan berkata begitu. Tidak selagi golongan mereka tidak merasa kesusahan belajar di peringkat Universiti. Sekurang-kurangnya orang yang tidak pandai belajar mampu dan berani menjejak kaki ke peringkat yang lebih tinggi yang dikatakan sebagai "membuang masa". Adakah kita sanggup kerja lebih masa untuk gaji yang lebih kurang sama dengan kerja yang hanya memakan masa 2 hingga 3 jam. Gaji besar tapi kerja dari pagi sampai lewat petang termasuk over-time. Macam itulah fikiran orang kita sekarang, kita lebih rela ditindas oleh diri sendiri dari mengambil risiko untuk berjaya. Mungkin, masa hidup yang singkat dengan jiwa yang teringin nak kahwin dan ada anak dan merasa banyak komitmen. Itu adalah pilihan hidup sendiri jadi terpulang nak jadi apa tapi janganlah sampai mengomen macam diri sendiri lebih bagus sebab, kita tak tahu masa depan orang macamana.


P/s setakat ni, aku tak pernah jumpa orang belajar hanya kerana ilmu pengetahuan.. Semua sebab duit atau memilih kedua-dua sekali kononnya. Agaknya aku jadi pedas sebab lecturer selalu bagi makan cili..


No comments: