Saturday, November 1, 2014

Sejarah rambut aku


Fesyen rambut yang paling aku suka dari dulu sampai sekarang ialah rambut jenis emo yang panjang. Dulu masa zaman aku sekolah menengah, rambut aku boleh mencecah lebih dari paras lutut sebab parent aku sangat suka aku berambut panjang memandangkan aku seorang sahaja anak perempuan dalam family aku. Tapi bila aku berambut panjang ni tak semua orang suka, terutama sekali zaman aku masa PLKN di Sungai Rait Miri Sarawak tahun 2007 second intake. Wow, detail kan?



Bila rambut terlalu panjang masa aku PLKN dulu, ramai sangat budak-budak tak suka kononnya takutlah, macam hantulah, macam pontianaklah even worse thing happened bila pernah terjadi orang tuduh aku kena histeria sampai mulut bawa cerita sana-sini. I mean, what the fuck dude? Seumur hidup aku tak pernah kena benda pelik-pelik macam tu then bila aku keluar dari PLKN sebab continue study baru timbul ada budak lain kena histeria. Cek-cek rambut dia tak panjang mana pun kan.. So, kenapa nak kaitkan panjang rambut dengan benda karut macam tu.

Seriously, PLKN yang best jadi tak best bila benda macam tu berlaku. Nasib baik masih ada kawan yang memahami aku time tu terutamanya "Bad".. Well, aku tak ingat nama sebenar dia tapi jauh dalam hati aku, aku hargai sangat kehadiran dia dalam hidup aku masa tu dan tak lupa kawan-kawan sama bilik atau group (delta kalau tak silap) yang selalu support aku dan tahu cerita sebenar aku. Aku tak pasti kalau mulut orang jahatkan aku ada sebab lain atau tak, just logiklah sikit kalau nak fitnah aku. Buat cerita bodoh nampak sangat masih percaya benda karut.

Well, kita lupakan cerita lama tu, haha. kita sambung topik rambut aku. Lepas PLKN, aku sambung study diploma dan terjumpa balik dengan budak sama PLKN dengan aku yang pastinya bukan sama group dengan aku dulu. Then terjadi lagi fitnah aku kena histeria sampai kena simbah dengan holy water, kononnya aku duduk seorang-seorang dekat dapur (aku nak study time tu sebab esok ada kuiz tapi roomates aku bising). Dah lah masa tu aku sakit hati dengan seorang roomate ni yang main cakap lepas sebab tak boleh terima diri aku dan sebab dia tak tahupun siapa sebenarnya diri aku dan dia hanya kenal aku masa sekolah menengah jer.. Dah aku sakit hati, mana ada hati pun nak cakap dengan siapa-siapa. Macam aku cakap, nak diri dia jer nak difahami, diri orang lain macamana? Aku pun dah mula syak kan so aku terus avoid dengan kawan-kawan macam tu, terus pindah dan mulakan hidup yang baru. Start dari hari tu, hidup aku semakin happy dari hari ke hari. Kawan aku, Kak Dida suggest aku supaya potong rambut sebab mungkin dia nak aku berstail sikit so aku potong sikit. Tapi makin lama makin ketagih pula aku potong rambut sampai jadi fesyen Emo yang pendek. Seriously cool! Aku rasa macam cool handsome semacam. Mungkin sebab match dengan muka aku just nampak macam tomboy sikit.

Aku sangat suka emo style walaupun aku bukan jenis yang emo. Bagi aku ianya nampak cantik dan gelap. Sekarang ni aku masih nak amalkan style macam tu just nak tunggu rambut panjang. Macam best pula rambut panjang, rindu zaman dulu-dulu.







No comments: