Tuesday, November 4, 2014

Sikap lelaki paling dibenci

Selama mana aku mengenali lelaki-lelaki diluar sana, kebanyakkannya mereka adalah golongan yang baik-baik itupun aku just kenal sebagai kawan. Kalau boyfriend atau lebih dari tu maybe aku ada demand sikit macam orang lain juga kan. Aku ada taste sendiri, ada perkara yang aku suka dan tak suka.

Pertama sikap lelaki paling aku benci ialah penipu. Bukan tipu-tipu manja tapi tipu demi kebaikkan lelaki tu sendiri. Kiranya dia ambil kesempatan. Even tidak berterus-terang sekalipun, aku consider itu sebagai penipuan kecuali kalau dia betul-betul tak ingat nak bagitahu aku. Walaupun juga perkara yang dia cuba tipu tu perkara remeh atau kecil, aku tetap tak suka. Bak kata, semua jenis penipuan aku betul-betul benci. Paling teruk, bila ada perkara yang disembunyikan. Aku hairan juga sebab ada sesetengah perempuan walaupun ditipu, tetap berkali-kali memaafkan suami atau teman lelaki dia. Kejam betul kisah cinta macam tu.

Kedua adalah lelaki penakut. Seriously, kalau penakut, jangankan kita, diri dia sendiri pun belum tentu dapat protect. Penakut yang dimaksudkan ialah bukanlah takut hantu, takut Tuhan atau sebagainya yang boleh difikirkan munasabah. Tapi penakut yang aku cuba maksudkan ialah bila kita kesusahan, dia tak sanggup nak protect kita. Bila ada perkara yang patut dibincang, dia takut nak berterus-terang. Mungkin ramai yang tak faham, tapi kita mungkin faham bila sesuatu yang tak patut ditakuti, dia pula yang takut. Logik!

Ketiga adalah lelaki yang tidak gentleman. Gentleman sangat penting kalau nak buktikan lelaki tu ada "balls" ataupun tidak. Seriously, kalau bab bayar bil makan minum mungkin boleh dikecualikan kalau ada toleransi antara pasangan atau hubungan sekadar kawan. Tapi kalau tiap-tiap kali asyik dia jer yang ambil kesempatan atau dia yang selalu dapat kelebihan baik saja tinggalkan. Jika kesuntukkan duit sekalipun, sumbangkanlah tenaga tolong angkat barang atau buat sesuatu yang boleh menyumbang atau membantu pasangan untuk menunjukkan at least rasa bersalah. Paling respect, bila si lelaki bersikap gentleman pada mana-mana perempuan sama ada keluarga dia, isteri mahupun kawan perempuan.



Aku dari kecil berperangai macam lelaki, aku 'gentleman' dengan kawan-kawan perempuan aku walaupun aku sedar aku perempuan. Tapi apa boleh buat, aku perempuan dan aku terima seadanya.



No comments: