Monday, December 8, 2014

Bergaul dengan orang yang positif


Secara peribadinya, aku bukanlah seorang yang terlalu positif tapi aku jenis yang boleh menerima apa sahaja dengan fikiran yang terbuka. Orang yang positif ni keistimewaan mereka adalah mereka bukan jenis yang mengambil peduli sampai stress sangat tentang perkara-perkara yang negatif. Apa yang lebih menarik, mereka mampu berfikir secara positif tentang perkara negatif. Kebanyakkan orang yang sensitif ni suka berprasangka buruk, suka melenting dan beremosi melampau. Bila kita bergaul dengan orang yang berjiwa sensitif, kita mudah terpengaruh dari terpengaruh bila bergaul dengan orang yang berjiwa positif sebab lumrahnya kita mudah tertarik dengan benda macam tu.

Salah satu benda yang buat hari aku positif dan happy

Sangat susah sebenarnya jumpa dengan orang yang berfikiran positif lebih-lebih lagi orang Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama. If you know what i mean. Adapun orang yang positif, mereka cuma mampu mengelak dari berbicara tentang benda yang negatif, dan bukan mengambil pengajaran dari itu.

Tengok, orang nak atur rambut, dia sibuk nak atur juga

Disebabkan itu juga, pihak media sangat suka mengambil kesempatan hanya kerana kita typical human mudah tertarik dengan isu yang sensitif. Sebab tu kita jumpa ramai sangat attention seekers yang suka buat statement pelik-pelik hanya kerana nak jadi popular. Kita jugalah yang menjadi penyebab kerana suka memberi perhatian kepada mereka. Orang yang betul-betul positif sangat suka berbincang topik dari mengelak topik perbualan, namun tidak semestinya mereka memberi perhatian kepada attention seekers. Merekalah orang yang betul-betul pandai menggunakan akal fikiran dari beremosi tidak tentu pasal. Itu barulah boleh dikategorikan sebagai orang yang berilmu.

p/s Harap aku dapat jadi orang yang lebih positif dan bergaul dengan orang yang berjiwa positif.



No comments: