Thursday, December 11, 2014

Bila perempuan rasa handsome a.k.a kacak


Post aku kali ni saja-saja nak share gambar lama masa aku diploma dulu. Bagi yang dah lama kenal aku, automatik mereka akan tahu aku ni bukan jenis yang ladies. Gaya aku agak bersifat kelakian terutama cara pemakaian tapi tak lah 100% tomboy. Aku tak boleh mengenakan pakaian yang terlalu tomboy style disebabkan body figure aku bukan macam body Park Young Hee.

Gambar tahun 2009

Kalau nak tahu, body figure aku suppose to be langsung tak layak nak mengenakan pakaian jenis tomboy style atau pakaian lelaki. Serious, sangat tak sesuai. Body aku sebenarnya memiliki shape yang sangat "ber-shape" perempuan terutama bahagian pinggul. Alaaa, malu pula nak cerita.


Tapi aku tak lah benci sangat ber-style ladies ni. Cuma aku tak ada keyakinan nak ber-dressing ala bagai. Aku rasa kalau aku bergaya ladies, rasa macam buruk jer. That's why aku suka penampilan biasa-biasa. Tapi aku tak tahu pandangan orang lain macamana.