Friday, December 12, 2014

Jangan jadi bodoh kerana cinta


Malam-malam memang best kalau buat entry sedih. Okay, lagi-lagi hal cinta-cintun kan, baru hari tu cakap pasal cinta. I mean, this topic not so bad...

Nak tahu, aku ni jenis yang ego, ego meng-gunung macam ego lelaki. Aku bukan jenis yang main suka-suka nak minta maaf dengan orang kecuali kalau aku betul-betul sayangkan diorang. Aku bukan jenis yang selalu meminta tolong kecuali kalau terdesak. Biasanya bila bersosial, aku jarang mulakan dulu sebab aku suka kalau orang lain mulakan. Ya, itulah aku. EGO.


Tapi kan, ego aku boleh hancur sekelip mata hanya kerana benda pelik yang bernama CINTA (uwek, penyampah ayat). Even worse, aku rasa aku sanggup jadi bodoh kerana benda tu sampai satu ketika aku sanggup menangis, sanggup marah-marah macam orang gila dan sebagainya. Itulah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu (beberapa bulan yang lalu) yang ramai kawan-kawan aku sendiri tak tahu.

Then, aku terfikir.. Maksud aku, terdetik perasaan ni, "apa yang aku dah buat?". Secara tak sedar aku sedang on the way messing up diri aku sendiri dengan seseorang yang langsung tak layak dengan aku.

Memang normal sebenarnya jadi bodoh seketika hanya kerana pasangan kita yang asshole. Itu membuktikan kita ni masih manusia yang ada perasaan. Kalau tak ada perasaan, tentu dah mati dibunuh asshole-asshole tu kan? Jadi, aku ambil pengajaran dari kesilapan aku yang sudah-sudah dan aku tak mahu ulangi di masa hadapan.

Memang lawaklah sebenarnya, aku yang cool ni boleh jadi the girl on fire. Such disgrace.. Sejak tu, apa-apa hal aku akan fikirkan diri aku dulu baru si dia. Sorry, but it have to be true my love. Aku akan cuba simpan setiap pengorbanan aku dengan orang yang betul-betul layak.

Sekarang ni cari duit untuk jadi kaya dulu. Pesanan aku, jadi bodoh sekali dua kerana si dia mungkin suatu yang common tapi janganlah selalu dan selamanya. Simpan sikit rasa sayang tu dengan diri sendiri sebab tak ada orang lain lagi yang mampu sayang diri tu melainkan diri sendiri.

Aku bersyukur sebab aku belum berkahwin lagi dan masih belum terlambat untuk sesuatu yang penting dalam hidup aku. Hati aku pun masih terbuka untuk seseorang yang lebih baik dan hanya buat aku menangis bukan sebab sedih tapi sebab terlampau gembira. Perfect mungkin tak akan ada, tapi yang terbaik masih banyak diluar sana.