Thursday, December 4, 2014

Kenapa aku jadi jahat?


Kita tengok orang-orang disekeliling kita, berapa ramai sahaja yang menyukai kita dengan sepenuh hati? Berapa ramai yang kenal kita betul-betul? Tak perlu jawab semua soalan-soalan tu sebenarnya sebab kita memang tak akan tahu pun lebih-lebih lagi perasaan manusia ni sangat cepat berubah. Begitu juga baik dan jahat, kita boleh pilih jadi baik, jadi jahat, atau jadi jahat dengan menunjukkan baik diluar.

Kenapa aku memilih untuk jadi jahat?

Sebelum aku jadi yang sekarang ni, aku seorang yang sangat innocent, aku sangat naif, aku antara anak dijaga oleh ibubapa aku sebaik-baiknya dari kecil sampai ke besar. Tapi, hidup aku sebagai seorang remaja sangat teruk sampaikan aku akan menangis seorang-seorang setiap kali balik dari sekolah sebab aku rasa sakit jadi plastik. Aku bukan jenis yang happy go lucky, namun aku pernah mencuba bersungguh-sungguh. Aku tak pasti kalau setiap permasalahan itu datang dari sendiri tapi sejak aku mengenali banyak jenis orang, hidup aku makin hari makin gembira. Bukan gembira yang enjoy sampai tak ingat dunia, ianya seperti perasaan gembira untuk tempoh yang sangat lama seperti impian kita yang mustahil menjadi kenyataan.

Masa dulu-dulu, aku banyak bergaul dengan orang yang baik-baik. Tapi, kebanyakkan yang baik tu tak baik sebenarnya. Ada yang sampai bermulut jahat dan menunjukkan sikap yang tak sepatutnya terhadap aku. Orang yang aku rasa mampu care pasal orang lain tapi sebenarnya mereka cuma care pasal diri mereka sendiri melainkan perkara tu melibatkan diri mereka. Ada yang berlumba-lumba jadi cantik, cerita banyak perkara yang memuji diri mereka, bangga dengan dara mereka dan mengumpat rakan sekelas yang tiada dara. Aku ingat orang yang baik ni jenis yang rendah diri dan menjaga aib.

Lepas tu, aku pernah jumpa orang yang jahat. Jahatnya ialah mereka jenis yang merokok, kaki minum dan seksi yang mengalahkan aku yang sekarang. Setiap kali aku datang rumah mereka, mereka tak pernah lupa tanya pasal makan minum aku (maklumlah, aku masa tu adik kecil kononnya). Kalau aku belum makan, mereka akan turun ke dapur masak dan layan sebagus-bagusnya. Setiap kali masalah menimpa, mereka berusaha untuk membantu walaupun banyak yang tidak mampu dari segi kewangan. Kebanyakkan background mereka tidak seindah macam orang yang aku kenal dulu. Aku kagum sebab mereka tabah, yang tersangatlah tabah.

Selepas tu aku kenal orang yang kuat agama (Kristian dan Islam) pula. Kehidupan mereka banyak tertumpu pada agama. Ada yang okay, ada yang perasan dirinya suci, ada yang sombong, ada yang mengajak sama-sama berbuat ibadat dan ada yang pentingkan diri sendiri. Aku sangat neutral dalam bab agama. Orang mengajak biasanya aku okay sahaja, tapi hati aku kosong untuk agama. Boleh dikatakan 0% aku dah tak ada perasaan apa-apa pasal agama. Aku faham ramai yang lebih kejarkan syurga dari Tuhan. Bila dikatakan akhir zaman, semua sudah ketakutan sebab takut masuk neraka.

Sukahatilah, hak masing-masing. Sekarang ni, perasaan sayang dah tak ada sangat. Semua nak jaga diri sendiri sahaja. Takut azab pun bukan sebab niat kita nak membantu orang yang tersesat. Tapi kita takut mala petaka menimpa diri kita dan keluarga. Kita kalau boleh, tak perlu pun nak pedulikan orang lain tapi sebab hukum Tuhan nak kita bimbing orang disekeliling kita atau kita mendapat dosa, of courselah kita lakukan sebab kita tak nak berdosa dan bukan atas sebab kita care.


Aku pilih untuk jadi "jahat" sebab aku tak nak jadi macam diri aku yang dulu. Aku yang dulu pandang rendah dengan kawan-kawan yang tak seberapa seperti aku, aku terikut jadi sombong sebab aku rasa aku seorang yang berilmu dari segi agama dan ilmu lain-lain. Jadi, aku ambil keputusan untuk tinggalkan kesemua kebaikkan tu dan jadi seseorang yang orang baik tengok aku confirm tak senang duduk. Tapi yang sekarang ni aku rasa belum cukup jahat agaknya,


p/s Bila orang baik berbuat kesalahan, dengan sedih kita cakap tak ada manusia yang sempurna. Bila orang jahat yang memang dah jahat dari pandangan mata kita?


1 comment:

Anonymous said...

I like u.jadi orang baik seperti kambing yang menjadi mangsa pemburu Dan pemangsa.