Wednesday, December 10, 2014

Pengguna blogspot semakin pupus


Ini adalah salah satu perkara yang menyedihkan bagi penulis-penulis blog. Kalau dulu begitu meriahnya blogwalking sesama blogger, sekarang ni ramai yang sudah berhenti secara tidak sedar. Aku tadi sempat melihat kembali site -site yang pernah aku follow beberapa tahun yang lalu. Apa yang aku lihat, ramai dah berhenti tutup site. Ramai yang dah delete habis entry diorang. Ramai yang jual site diorang dengan company iklan dan business. Ramai yang entry mereka makin hari makin sikit sehingga tahun ni langsung tidak ber-update.


Mungkin blogging bukan lagi trend sekarang memandangkan penggunaan wechat semakin berkembang. Tumblr juga tidak berapa popular digunakan dikalangan kita Malaysian. Begitu juga WordPress yang dari dulu merupakan site yang berbayar. Namun WordPress kelebihannya senang mendapat traffic yang tinggi berbanding blogspot.

Agaknya ramai yang dah bosan sebab tak minat menulis panjang-panjang di blog. Begitu juga orang yang jadi pembaca lebih gemar membaca isu-isu semasa dari news online. Mungkin sebab dulu kebanyakkannya blogger adalah terdiri daripada bujang-bujang yang belum berkahwin dan kini, bila sudah berkeluarga, banyak yang sudah menumpu perhatian lebih kepada anak-anak dan kerjaya.

Maka dapatlah disimpulkan, tegar bukan selamanya.. Adios.