Thursday, December 18, 2014

Rezeki masing-masing


Tadi aku terbangun, terus menghadap laptop.. On dan terus taip entry baru. Beberapa hari ni aku rasa macam tak tentu makan dan tidur sebab sangat stress. Even kuiz ada esok, aku tak dapat dan tumpukan perhatian untuk belajar sudah. Mungkin sebab beberapa hari yang lalu masalah besar pasal study menimpa aku. Orang lain tak akan faham, hanya aku dan mungkin aku akan ceritakan nanti di entry yang akan datang.


Then, tadi aku terus buka Facebook, scroll punya scroll ke bawah tengok macam-macam kehidupan kawan-kawan di Facebook. Kebanyakkannya bahagia. Paling best, ada yang siap pergi melancong ke sana dan ke sini. Ada rumah, kereta mewah dan sebagainya. Tapi, yang peliknya, masa sama belajar dulu, mereka punya study performance sangat biasa dan ada yang gagal teruk tapi, tengoklah mereka sekarang ni berduit. Ada yang tak sampai ke Universiti pun boleh berjaya.

Cuma aku kecewa because ada certain orang yang berpendidikan tinggi, tak tahu bagaimana menjejak kaki ke tanah semula. Mereka berduit, mungkin ada segala-galanya tapi dengan usaha yang keras. Mungkin sebab tu mereka benci dengan orang yang sederhana tapi bertuah. Jangan salah faham, aku suka berpendidikan tinggi tapi bila orang yang ilmunya lebih tinggi dari aku kelihatan sangat sombong, aku confuse. Adakah hidup mereka penuh dengan kebencian?

Apapun, aku harap aku akan dapat rezeki besar sebab aku ada cita-cita yang besar. Tak kisah dengan pendidikan tinggi atau setakat ini asalkan aku tak mahu jadi judgmental atau bersikap prejudis dengan orang yang kurang bernasib baik. Orang mungkin tak pandang pengorbanan kita, sebab tu mereka berusaha nak jatuhkan kita.

Aku sedar aku masih di tahap yang lemah, tanpa kuasa, pangkat, kerja atau pengaruh macam orang lain. Tapi, aku sentiasa ingat, what goes around comes around, what you give, you will get back..



No comments: