Tuesday, December 9, 2014

Semenanjung, Sabah dan Sarawak dua kali lima!


Dunia semakin hari semakin maju, telefon semakin hari semakin pintar tapi malangnya, manusia semakin hari semakin bodoh. Bukan bodoh dari segi pelajaran, even dapat straight A sekalipun kalau dah benda basic pasal life pun tak tahu nak fikir kira bahlol juga. Sebab tu, kalau dah yang pandai bodoh, yang tak pandai lagilah hurmmmm..

Sebab tu aku paling benci extremist. Mana-mana agama dan kaum sekalipun. Selalunya diorang ni bersifat seperti binatang, bercakap dan berbuat sesuatu tanpa memikirkan orang lain dan tanpa sedikitpun belas kasihan. Khususnya untuk certain orang yang disebut dalam tajuk di atas tu lah. Si A bash si B, si B bash si A. Apalah beza semua tu? Paling tak boleh blah, bash bukan kepada seorang dua yang buat hal, diorang kalau boleh nak main bash satu koloni sekaligus, base on what? depend.. Religion, kaum, and so on. Kadang-kadang aku malas nak ambil pusing, tapi makin lama makin menyakitkan mata.

Aku tahu semua nak salahkan politik. Ok, that's the main point. Macam yang kawan aku cerita sebab kerabat diorang ada yang ahli politik, politik itu "kotor" dan suka main "kotor". Tak kira parti apa, kumpulan apa, apa jenis pemerintahan. Semuanya "kotor". Carilah mana-mana pemimpin sekarang yang sanggup buat kerja dengan gaji kecil tanpa ambil "kantau". Ada tak? Even penghulu kampung ada yang buat shit setiap kali peruntukkan dibagi. Setakat ni aku tak pernah dengar rakyat memberontak sebab perangai penghulu kampung dan YB area diorang macam syaitan. Semua nak menuding jari ke pemimpin utama. Kenapa diorang nak jadi ahli politik? Popular? Duit? Pangkat? Rasanyalah. Kalau yang kata berkhidmat untuk rakyat, maybe i will consider it as a bullshit kalau handphone ditangan jenis iPhone Original, kereta Mercedes, banglo dan siap pergi melancong bersama keluarga di luar negara.

Kita rakyat Malaysia buat apa? Blame for each other (Malaya dan Borneo). Bakar bible, letak kepala babi dalam masjid, ISIS.. Sampai bila?

Aku tak salahkan orang yang nakkan hak-hak mereka seperti hak tuntutan Sabah dan Sarawak. Just go ahead, tapi sila kemukakan fakta-fakta yang bernas dan jangan libatkan agama dan kaum hanya semata-mata nak kumpul sokongan dari rakyat Sabah dan Sarawak. IF, if, the main point memang pasal kaum dan agama, then try to avoid it or buat sesuatu yang tidak melukakan hati orang lain. Begitulah kita ni orang miskin, memang berpusu-pusu mahukan duit dan hak for a better life cuma tak dapat cari mana logiknya kalau saling bash antara satu sama lain.

Orang kaya buat apa? They just don't give a fuck! Kemana mereka? Australia? Sweden? London? Come on..



Mungkin dulu aku jenis yang bencikan Semenanjung sebab terlalu banyak extremist, i admit it. Then, aku sedar aku telah meletakkan label tanpa mengenali setiap seorang yang berasal dari Semenanjung. Begitu juga di Borneo. Kita selalu cakap mostly, kita melabel dari segi kebanyakkan tanpa mengenali kesemua. Maksud aku, tak semua manusia sama tapi kebanyakkan yang sama pula adalah dick! Masing-masing membaling batu. Cukuplah kita dapat pemimpin yang macam sekarang. Didiklah anak-anak supaya tak jadi asshole nanti. Jangan harapkan agama sahaja yang kuat tapi moral dengan orang lain tak ada. Tapi itulah ibubapa sekarang, didik anak dengan cara mengugut, didik supaya benci agama dan bangsa orang lain. Benci, benci, dan benci.

Hujung cerita. Terhasillah pemimpin baru yang pentingkan diri sendiri dan bangsa sendiri dan keluarga sendiri. Aku percaya tak ada agama yang bagus. Kalau bagus, tak ada jadi macam ni. Dalam bible ada sebut "cintailah musuh kamu", khutbah Rasulullah terakhir ada menyebut "Janganlah kamu menyakiti kalau tidak mahu disakiti"..

Rata-ratanya ada buat tak? Mulut sahaja cakap tapi hati penuh kebencian. Typical human. Bangga dengan agama dan bangsa, riak, tak pandang kiri kanan, tak ada sifat perikemanusiaan. Itulah yang aku panggil sebagai extremist. Ugly truth, and most people will hate it.



No comments: