Thursday, December 11, 2014

Taman Sahabat BDC yang baru


Hah, kantoi juga pergi date dengan si lelaki itu (si Carl)

Baru-baru ni aku ada melawat ke Taman Sahabat sambil menunggu wayang filem Interstellar tengah malam. Setelah setahun agaknya tidak pernah menjejak kaki ke sana, pelbagai perubahan yang berlaku sebagai contoh restaurant lama telah dibuka kembali. Then, siap ada air pancutan di tengah kolam lagi disebabkan dulu air kolam agak suram yang kotor disebabkan tiada pengaliran keluar dan ke dalam.


Well, mungkin sebab area sana adalah kawasan rumah orang yang berduit dan mungkin tiada yang mustahil kalau berlaku perubahan sekalipun. Apapun, selagi free masuk ke taman tu, selagi tu lah aku suka pergi berjalan-jalan ke sana. Area yang paling banyak kenangan aku di sana sejak 7 tahun yang lalu. Bayangkan, bukannya sekejap. Macam-macam pengalaman aku sepanjang berada di BDC. Terus-terang, tempat paling best dan strategik untuk bersama kawan-kawan.