Monday, January 19, 2015

Aku bukan anak ayah sebenarnya


Selalunya, istilah anak mak yang paling common kita dengar. Tapi berbeza dengan aku, aku nak kata dikategorikan sebagai anak ayah tak juga sebenarnya, disebabkan aku sendiri pun jarang melekat bersama keluarga. Aku just rapat dengan ayah aku sebab mak aku jarang tinggal serumah dengan kami sekeluarga. Dulu, aku selalu ingat aku anak ayah sebab segala-galanya aku cerita dengan ayah aku, pasal pelajaran, pasal kawan, pasal orang yang disukai dan macam-macam lagi.


Hanya aku seorang jer anak perempuan dalam keluarga aku, dan ada empat orang adik-beradik lelaki yang dah besar panjang. Lebih-lebih lagi kami adik-beradik masa dulu kala tinggal bersama ayah dan mak pula selalu tinggal di kampung kecuali masa mak kerja dekat dengan tempat ayah kerja dulu (itupun tak lama). Aku tersangatlah jarang bersama dengan mak. Waktu mak lahirkan aku, mak selalu balik ke kampung rumah panjang di Balingian manakala aku dihantar dan dijaga sepenuhnya oleh nenek aku di Miri sebelum diambil balik dan dijaga oleh ayah. Mungkin sebab tu nenek aku tak berapa rapat dengan mak.


Tapi aku tak salahkan mak aku. Aku faham sebab mak aku masa tu terlalu muda. Jarak beza umur mak dan ayah 16 tahun yang agak besar jurang dan cara pemikiran. Mungkin sebab tu perangai aku kasar dan tak senonoh sangat. Aku lebih banyak dibesarkan oleh ayah berbanding mak. Hidup orang lelaki, semua benda messy dan masalah boleh diselesaikan dengan bergusti dan bertumbuk. Aku maksudkan akulah tu..

Bak kata ayah aku, dialah ayah dan dia juga mak.

Sehinggalah aku besar panjang ni pun masih lagi bergantung dengan ayah aku. Agaknya dah 8 tahun aku tak stay dengan family aku. Ayah aku pun nak pencen dan mungkin ayah dan mak akan stay bersama setelah lama tak tinggal sama atas alasan tempat kerja tak sama.

So, kesimpulannya, aku bukanlah anak ayah apatah lagi anak mak. Aku anak manja.. Hehe..


No comments: